Teman-teman

Saturday, February 20, 2010

Ingat 5 Sebelum Datang 5

Semalam aku mendengar kuliah agama. ustaz telah menyampaikan kuliah yang tajuknya sudah pasti semua telah mendengarnya. Tajuknya ialah Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

1. Sihat sebelum Sakit
( Kata ust. ketika sihatlah kita berlumba-lumba membuat ibadah. Ketika sakit barulah kita teringat nak buat itu. Nak buat ini yang akhirnya kita tidak sempat )

2. Muda sebelum Tua
( Ketika mudalah kita membuat kebajikan bersungguh-sungguh. Tatkala kita meningkat tua maka banyaklah alasan yang diberi sebagai contoh aku ni dah tua, hangpa yang muda la kena buat. Waktu kita muda, kita suka lepak dan bila tua kita suruh orang muda pula buat. Akhirnya kita sendiri tidak buat apa-apa )

3. Kaya sebelum Miskin
( Ketika kayalah kita kena banyak sedekah. Setiap rezeki Allah yang beri. Ada manusia nak hulur RM5 pun bising-bising. Macam nak keluar RM5000. Bila miskin semua kita impikan nak buat amal. Bila dah dapat rezeki kita lupa segala-galanya dengan alasan kita bekerja keras maka kita layak untuk menjadi kaya. Sombongnya manusia jenis ini )

4. Lapang sebelum Sempit
( Ketika kita lapang, bila ada program keagamaan kita berkata kita amat sibuk dengan program yang kita sendiri cipta. Akhirnya Allah sibukkan diri kita dengan memberi kesempitan masa sehinggakan kita sendiri mengeluh tak dapat menghadiri program amal )

5. Hidup sebelum Mati.....!!!
( Semasa hiduplah kita berlumba-lumba membuat amal soleh. Amal inilah yang akan bersama kita ketika kita menghembuskan nafas yang terakhir. Semua perkara yang kita lakukan kebaikan dengan ikhlas akan dikira amal yang soleh. Rugilah mereka semasa hidup mereka dipenuhi dengan tipu daya dunia yang sementara dan akhirnya kita akan dihumban kedalam api neraka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...