Teman-teman

Wednesday, February 17, 2010

Islam Itu Intergriti

Pagi-pagi lagi aku ke bank untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan kedua-dua anakku. Bulan ini amat perit sekali kantungku. Apa tidaknya bermacam-macam masalah Allah uji namun alhamdulillah aku masih mampu lagi mengawalnya. Biarlah aku ketempat kerja berbekalkan pisang goreng, roti dan adakalanya maggi menjadi santapanku. Yang pastinya kedua-dua anakku berjaya dengan pelajaran mereka. Pernah isteriku menegur asyik kerap makan maggi sahaja sebab ia tidak baik untuk kesihatan. Aku hanya pendamkan saja perasaan. Malu rasanya untuk meminta bantuan kewangan daripada isteriku. Nanti apa katanya pula. Kadang-kadang apa yang dia masak dan beli aku makan tanpa banyak kerenah. Biarlah aku sendiri yang tahu. Tapi alhamdulillah bila ada saja yang meminta wang untuk buat program agama aku begitu senang memberinya walaupun aku tahu ketika itu aku begitu kesempitan wang.

Ketika keluar dari bank, mataku terpandang akan beg duit wanita bersebelahn motosikal. Aku mengambilnya lalu kubuka beg duit. Huih...banyaknya duit. Mungkin baru dikeluarkan dari bank. Ketika itulah perasaanku bercampaur baur. Kalau digunakan wang ini kaya aku dibuatnya hari ini. Aku beristigfar panjang. Ini bukan kepunyaanku. Aku pernah juga tercicir beg duit. Tak lalu makan dibuatnya. Inikan pula baru dikeluarkan dari bank. Pemiliknya seorang wanita cina. Sah memang dia begitu kesempitan wang. Maklumlah hari raya baru berlalu dan duit telah banyak digunakan.

Setelah pulang kerumah aku cerita apa yang berlaku kepada isteriku. Setelah dikira wang itu berjumlah RM1500. Ia satu yang besar. Kasihan pula melihat isteriku yang baru pulang dari berniaga. Akhirnya aku mengambil keputusan mencarinya seorang diri memandang alamatnya tidak berjauhan dari rumahku. Setelah beberapa kali pusing akhirnya aku bertemu dengan rumah itu. Aku terlupa terus memberi salam sebab selalu menggunakan perkataan itu. Keluar seorang wanita yang wajahnya mirip seperti didalam IC. lalu aku terus memberi beg duit kepadanya. " Oh my god...mummy mummy ".Teriak wanita itu.

Muncul seorang wanita tua didepan. Mereka bercakap cina sambil mengira wang. Wanita muda itu kulihat menangis memeluk beg duitnya. " En. terima kasih kerana pulangkan duit anak saya. Dia nak guna duit itu untuk merawat penyakitnya. Tak sangka en orang melayu boleh hantar beg duit kepada kami kembali ". Kata ibunya. " Sebenarnya madam agama islam mengajar pengganutnya agar menjadi seorang yang intergriti. Yang bukan haknya tidak boleh diusik. Yang haknya akan mendapat kembali haknya ". Aku mencelah. " So nice your agama. Well saya rasa you patut menjadi seorang politician yang ada intergriti. Bukan kaki sapu duit orang ". Celah ibu wanita tadi.

Aku tersenyum bila diberi penghormatan begitu. Terlalu baru bagiku memasuki politik. Dalam masyarakat pun aku rasa dah teruk dikutuk,benci, marah dan macam-macam lagi yang akhirnya isteriku menjadi mangsa hasutan iblis laknatullah. Namun aku masih terus memperjuangkan islam dalam masyarakat. Itulah moto NGO yang aku ceburi. Bersama Islam Membina Masyarakat. " En. angkat ini wang sebagai terima kasih ". Aku menolaknya dan setelah dirayu juga oleh kedua-dua mereka aku menerimanya. Didalam kereta aku sempat melihat sebanyak RM100 mereka berika kepadaku. Alhamdulillah

Setelah sampai dirumah tatkala aku keluar dari kereta tercegat seorang pemuda cacat. Dia bercakap dengan suara kecacatannya mengatakan yang dia kesini atas urusan mencari dana untuk membaik pulih sekaloah agama di Thailand. Aku bertanya kepadanya untuk kepastian takut dia mengambil kesempatan atas keikhlasan rakyat Malaysia membantu. Sambil bersumpah yang dia akan dilaknat Allah kalau dia menipu. Aku keluarkan wang RM100 tadi lalu kuhulurkan kepadanya. Melihat saja jumlah wang tersebut pemuda itu terus menangis sambil berdoa kepada Allah agar Allah merahmati keluarga kami dan Allah turunkan rezeki kepada kami. Isteriku hanya memerhati saja kami berdua. Aku masih ingat akan kuliah maghrib yang pernah aku dengar. " Dalam rezeki yang kita dapat ada hak orang lain sama. jadi agih-agih la sorang sikit ". Kata Ustaz yang mengajar.

Setelah pemuda itu pergi aku melihat dia berjalan sambil mengesat airmatanya. Aku terasa begitu tenang yang amat sekali. Walaupun diasaat begini aku begitu kesempitan wang namun Allah berikan kepadaku suatu nikmat yang jarang aku dapat iaitu ketenangan dan kedamaian. Kupandang isteriku. Kelihatan airmata bergenangan. " Kenapa Nah dengan airmata tu. Nah marah ka abang bagi duit dekat dia tadi ". Sambil menggeleng kepala dia terus kedapur menyambung kerjanya. Entah kenapa dia begitu aku sendiri tidak dapat menekanya. Namun aku sendiri tidak mampu untuk bertanya apa sebabnya. Ketika hampir melelapkan mata, aku menerima panggilan talipon dari kawanku. Aku diarahkan untuk standby lagi. Itulah rezekiku.....

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Allah tidak akan mengabaikan hambaNya yang benar2 ikhlas atas namaNya.. :)

pB said...

yang penting kita perlu ingat Allah sentiasa memerhati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...