Teman-teman

Monday, February 01, 2010

Santunnya Mereka

Hari Sabtu lepas aku bersama isteri menghantar anak ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang. Dalam perjalanan ke sana hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa membawa 80 - 90 km/j. Setelah selesai semuanya kami berangkat pulang. Kami singgah di Kuala Kangsar dan mencari balai polis untuk membuat repot mengenai kemalangan anak. Jam menunjuk telah masuk waktu maghrib. Kami singgah di masjid Ubudiah untuk menunaikan solat dan seterusnya membuat jamak sekali.

Dalam perjalanan ke balai polis isteriku berkata, " Bang bacalah sikit doa-doa tu sebelum buat repot ". Hairan juga seperti apa yang aku fikirkan begitu juga dengan isteriku. Aku berfikir bagaimanalah rupanya pegawai yang mengambil repot kelak. Tentu orangnya bengis dengan misai bertaring. Itu yang aku lalui semasa berada dalam alam remaja ketika membuat repot basikal racingku hilang. Polis yang mengambil repot dengan muka garang sambil menulis sambil merungut. Aku hanya diam sebab gerun melihat misainya.

Kami memasuki pintu keselamatan balai. Kami ditahan oleh seorang anggota polis wanita yang bertudung. Dari jauh dah nampak senyumnya yang manis. Rupanya juga sungguh ayu.
" Assalamualaikum. Selamat datang en. Boleh kami tolong ". Senyumannya yang ayu membuat aku merasa tenang nak buat repot. " Kami nak buat repot. Dekat mana tempatnya ". Jawab isteriku. " En. jalan terus dan kekanan ". Sambil pegawai polis itu menunjuk arah ke balai. Aku membalas senyuman dengan ucapan terima kasih.

Kami memasuki dalam balai. Kami disambut oleh 3 orang anggota polis. 2 wanita dan seorang lelaki. Sambil memberi salam dan bersalaman dengan anggota polis lelaki. Kami dijemput duduk. " Boleh kami tolong en berdua ". Sapa anggota polis lelaki. Aku mencerita segala apa yang berlaku. Anggota polis lelaki tiba-tiba mencelah, " En saya faham apa yang en nak cerita. Masalahnya ialah kami menerima repot untuk kes jenayah. Kalau kes trafik en kena keseberang jalan. Tak jauh saja ". Senyum pegawai polis itu menerangkan kasilapan kami membuat repot.

Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih, kami melangkah keluar keseberang jalan.
" Kenapa en. Dah selesai buat repot ". Tanya anggota polis wanita tadi. Senyuman masih dibibirnya. " Tak.. kami tersilap membuat repot. Kami nak repot kes kemalangan anak ". Aku menjawab juga dengan senyuman. " Ohh..anak encik kemalangan. Teruk ka ". Akhirnya isteriku menjawab hanya luka-luka kecil sahaja. Diheretnya tanganku menyeberang jalan. Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi dan dibalas dengan sama.

Kami memasuki ruang pejabat polis trafik. Kami disambut oleh seorang anggota polis trafik wanita yang juga bertudung. Senyum dia menerima kami. Kami menceritakan segala apa yang berlaku keatas anakku. " En kena bawa anak en sendiri membuat repot sebab dia yang tahu apa yang berlaku ". " Bagaimana kalau kami tidak membuat repot sebab kami tidak menuntut insuran ". Aku bertanya untuk kepastian. " Masalahnya en...kereta yang melanggar anak en dari belakang telah membuat repot. Dia takut en menyalahkannya melanggar anak en ". " Bagaimana kalau kami tidak buat repot juga ". Aku terus bertanya. " Pegawai polis akan kerumah en mencari dan menyuruh anak en membuat repot juga ". Balas pegawai polis itu. Akhirnya kami akur dengan undang-undang polis. Setelah pegawai polis itu berkata yang repot boleh dilewatkan memandangkan anak kami tidaklah serius barulah aku merasa lega. Akhirnya pegawai polis itu memberi kami surat rujukan untuk membuat repot.

Kami keluar untuk pulang ke Penang. kami melalui pintu keselamatan tadi. " Dah selesai en membuat repot ".Tanya pegawai polis tadi dengan senyumannya yang manis. " Dah alhamdulillah. Terima kasih ". Setelah kami menaiki kereta kami melalui sekali lagi pintu keselamatan sebab kereta di parkir didalam kawasan balai. Aku menurunkan cermin, " Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum ". " Waalaikumussalam. Datang lagi ". Balas pegawai polis tadi. " Aishhh..abang ni asyik ucap terima kasih saja dekat pegawai polis tadi. Ada hati ka ". Tanya isteriku. " Ucap terima kasih kan bagus sebab mereka layan kita dengan baik ". Aku menjawab. " Tapi abang over acting sangat ". Balas isteriku. Mukanya nampak serius juga walaupun masih ada senyuman tawar. Aku tergelak, " Abang minta maaf andaikata terover acting. Buat apa nak jatuh hati pada yang lain sedangkan disebelah pun dah baik ". Tersenyum dia.

Aku memuji isteriku bukan kerana nak ambil hatinya agar tidak lagi memarahi aku tapi memang dia seorang isteri yang baik budi pekerti sama seperti arwah Siti Aishah dan aku tidak sekali kali mencari yang lain. Inilah anugerah kedua Allah berikan kepadaku. Semoga jodoh kami berpanjangan. Itulah doaku seharian tanpa jemu. Namun kita tidak perancangan Allah sebaliknya......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...