Teman-teman

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Lahir

Kuala Pulau Betong

Aku begitu terasa kehilangan apabila telefon bimbitku jatuh ketika menunggang motorsikal yang mengakibatkan kerosakan. Hilang kesemua data-data penting. Yang paling aku sedih bila aku kehilangan terus sms dari arwah Siti Aishah tatkala aku menyambut kelahiranku pada tahun 2008. Sungguh indah ungkapan smsnya yang membuat aku begitu sayang sekali. Kini ia lenyap terus seperti mana hilangnya Siti Aishah dari pandanganku. Akibatnya aku tidak putus-putus menceritakan perihal Siti Aishah didepan isteriku Rosnah. Akibatnya dia berkecil hati denganku. Segalanya kembali normal bila aku memohon maaf kepadanya akibat ketelanjuranku begitu asyik menceritakan tentang Siti Aishah.

Keindahannya tidak dapat disangkal lagi

Setelah bersiap aku bersalaman dengan isteriku kerana aku bertugas malam. Bila jam menunjukkan angka 12 malam aku menerima sms lalu aku buka. Ternyata dari isteriku Rosnah. " Selamat hari lahir. Semoga kita hidup bahagia dab sayang Nah pada abang tetap selamanya ". Aku menaliponnya dan mengucapkan terima kasih dengan nada sebak. Terdiam dia mungkin menahan perasaan juga. Ketika aku sampai dirumah dan tatkala memasuki bilik kelihatan ada sesuatu diletakkan diatas katil dan dibalut dengan rapi. Isteriku telah pun pergi meniaga. Itulah tugas hariannya mencari rezeki sebelum aku berkahwin dengannya. Bangunnya jam 4.30 pagi bersiap untuk meniaga dan pulang jam 12 tengahari.

Aku membuka bungkusan hadiah dengan hati yang berdebar-debar. Sehelai t shirt yang cantik walaupun tidaklah semahal pakaian berjenama. Terdapat sekeping surat lalu aku membacanya, " Nah minta maaf andaikata semalam membuatkan hati abang terluka. Bukan niat Nah meminta abang melupakan Aishah tapi biarlah orang yang pernah bersama kita disimpan didalam hati dan menjadi kenangan untuk selama-lamanya. Nah sayang abang. Selamat hari lahir abang ". Aku mengalir airmata membaca surat isteriku. Betapa selama ini aku membuat kesilapan.

Setelah aku mandi, aku menyarung t shirt yang dihadiahkan lalu aku ke gerai. Bila dia melihat aku datang dengan t shirt yang dihadiahkan mukanya tersenyum gembira. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Padaku mungkin semua ini perancangan Allah dengan bermulanya aku kehilangan sms arwah Siti Aishah buat selamanya dan kini diganti dengan sms Rosnah yang akan aku simpan andaikata telefon bimbitku tidak rosak. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Allah agar aku dan Rosnah berkekalan sehingga kami dijemputnya. Masih terngiang-ngiang mimpiku Siti Aishah berkata, " Jangan lupa Siti bang ". Aku begitu gembira sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan tempat bersemadinya jasad Siti Aishah. Terasa benar yang seolah-olahnya kami akan berjumpa disana. Hanya airmata saja yang mampu aku keluarkan sewaktu aku sedekah ayat-ayat suci Al-Quran dipusaranya. Tidak sanggup aku membaca namanya tertera di batu nisan. Semoga Siti Aishah bahagia disana. Itulah doaku seharian

8 comments:

Maiyah said...

slmt hr lahir, kak rosnah mmg bertuah

MaMa MoDeN said...

salam
selamat ulangtahun kelahiran
semoga panjang umur, sihat selalu

walaupun yg patah kan tumbuh bganti, yg hilang akan tetap dlm kenangan..

biaekan masa lalu tsemat kukuh dlm ingatan, teruskan kehidupan bahgia dgn insan baru yg lebih perlukan kasih sayang & perhatian..

sayangi kak rosnah sepenuh hati, kak aishah dah tentu tenang disana..

semoga berbahagia selalu
salam buat kak rosnah

Anonymous said...

salam,

sebenarnya kalau abg pergi ke celcom etc abg boleh trace balik info seperti contact no sms etc dgn menggunakan sim card tu...insya allah dapat balik kot

zai said...

Salam En. Diman..

Selamat Hari Lahir..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu

Dan semoga rumahtangga en.diman bersama kak rosnah kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Zai sendiri sentiasa terasa sayu apabila membaca entri2 lalu mengenai arwah kak aisyah..

Semoga rohnya juga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Ariff Budiman said...

maiyah..Terima kasih. Sebenarnya saya yang bertuah memiliki kak Rosnah

mama moden..Terima kasih. Insyaallah kasih sayang saya pada kak Rosnah akan berkekalan.

Anonymous..Terima kasih. Rasanya biarlah sms itu berada didalam ingatan saya. Yang penting hati kak Rosnah perlu dijagai. Dia yang berada didepan saya kini.

Zai..Terima kasih banyak2. Itulah yang saya doakan agar jodoh kami berpanjangan dan bahagia selama-lamanya

scr said...

HAPPY BIRTHDAY PAKJANG !!! semoga pakjang dan makjang rosnah bahagia higga anak cucu cicit....woooppssss...haha =>

Ariff Budiman said...

scr..Terima kasih kinah. Cucu jangan sebut sensitiv oooooo. He He

My self said...

Salam...
Selamat Hari Lahir, Moga bertambah iman, rezeki dan kasih sayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...