Sungguh gembira hatinya menerima perkhabaranku. Terus dia beritahu yang esok dia nak buat soto kesukaanku. Hari Sabtu, pagi-pagi lagi aku kepasar mencari perkakas untuk soto. Dalam perjalanan kepasar aku melalui gerai nasi kandar yang sedap. Ramai yang beratur macam nak membeli tiket wayang. Setelah selesai membeli, aku singgah dan makan nasi kandar. Hampir 3 bulan aku tak makan nasi kandar. Sekali sekala tak apa la. Kata ustaz TH kalau nak menjadi gemuk senang saja. Pagi makan nasi. Tengahari nasi dan malam juga nasi lepas tu tidur maka gemuk lah badan. Untuk kurus ia memerlukan pengorbanan yang besar.Akhirnya soto pun siap dan dihidangkan kepadaku. Sungguh enak soto ni. Tentu ramai yang suka makan soto. Selepas solat asar isteriku dah buat plan nak beli jubah katanya. Ya aku mengikut saja kemahuannya. janji dia gumbira dan aku menjadi tenang. Pastinya kalau aku ke bazar Chowrasta aku akan kembali pantang melihat cucur udang dan air sarbat kelapa muda. Fulamak dengan cuaca panas begini pasti melazatkan.. Tapi jaga juga buah pinggang kita dengan perbanyakkan minum air masak.
6 comments:
air tangan isteri memang sedap kan...
aii...encik diman..
terliur tgk soto.
huhu.
tak sabar nak balik penang, nak suruh Mama buat soto
Arghhhhhhhhhhhhhhh....tensyen tgk soto.....NAK JUGAK PAKJNAG !!!!!!
a kl citizen..Benar cikgu. masin ka tawar isteri buat memang sedap
ain fatihah...mama moden memang pandai masak. Tak rugi dapat macam mama
scr...Kinah. Balik penang ibu boleh buat. he he
Post a Comment