Aku dan anak-anak telah merancang pada 1 Ogos kami akan mengadakan kenduri doa selamat untuk arwah Siti Aishah dan kaum keluarga yang pergi mendahului kami. Setelah dipersetujui maka ada dikalangan kaum keluarga yang menumpang kenduri. Jadi pasti bertambah keberkatannya. Lauk pauk dimasak sendiri oleh kaum keluarga. Walaupun mereka telah kehilangan seorang tukang masak yakni isteriku, mereka tetap juga meneruskan tradisi ini sambil dibantu oleh orang kampung. Majlis bermula pada jam 12 tengahari dengan majlis tahlil dari jemaah masjid berdekatan. Seramai 30 orang jemaah hadir. Entah kenapa jemaah masjid amat suka bila kaum keluarga kami mengadakan kenduri arwah. Kata mereka masakan yang dihidangkan menyelerakan terutamanya mee rebus. Ramai juga orang kampung yang datang. Itulah keistimewaan tinggal dikampong. Budaya tolong menolong masih kuat dirasai.Siti. Sudah setahun lebih engkau meninggalkan kami semua.
Setahun lebih juga abang amat merinduimu
Sudah kering airmata ini terkenangkanmu
Hanya doa saja yang dapat abang kirimkan buatmu
Siti walaupun abang sudah ada pengganti
Tidak semestinya memori silam dapat dipadamkan begitu mudah
Kadang-kadang abang merasakan bahawa tidak adil
Kita terlalu awal dipisahkan.
Namun abang tidak dapat melawan takdir itu Siti
Abang redho pemergianmu walaupun dalam masa yang sama
Batin abang begitu tersentuh bila berada ditempat-tempat
Yang pernah kita bersama
Siti anak-anak kita Alhamdulillah telah berjaya dalam kehidupan mereka
Ini semua berkat doa dari ibu mereka jua.
Siti tidak putus-putus solat dan berdoa untuk mereka
Abang melihat begitu syahdunya ketika Siti berdoa
Abang selalu berpesan kepada mereka
Jangan tinggalkan solat dan doa untuk emak
Siti begitu cepat masa berlalu
Ramadhan kini hampir menjelma
Begitulah saban tahun kami bersahur dan berbuka tanpa air tanganmu
Akhirnya saat kepiluan itu terzahir bila menjelmanya Aidil Fitri
Ya Allah kau terimalah doa kami semua untuk Siti Aishah
Ketemukan kami dengannya kelak diakhirat
Tidak sanggup lagi kami berpisah dengannya
Amin Ya Rabbal Alamin
4 comments:
hiii... sejak hidup dengan Ros ni, makan jer yer...
Gegitulah kira-kiranya IM. Rezeki jangan ditolak. Layan ajer
Banyak sungguh lauk kenduri..
Mutiara bd..macam tulah kalau adik beradik muafakat. Masing-masing nak taja. yang baki penduduk bawa pulang
Post a Comment