
Bayangkan jenazah yang telah dikebumikan sebanyak 600 orang. Yang hadir untuk membersih perkuburan hanyalah 10 orang sahaja. Setelah ditolak yang boleh buat kerja tinggal 7 orang sahaja. Memang menyedihkan. Aku masih lagi ingat ketika hampir ramadhan semasa aku remaja kami terpaksa kekubur melalui bukit dan hutan untuk bergotong royong. Pada masa itu belum ada lagi kubur sekarang. Ayah begitu tekankan bab gotong royong. Kini banyak rumah berada berdekatan dengan kubur namun mereka boleh diamkan diri bersembang sedangkan kami sedang membersih kubur. Mungkin dalam hati mereka berkata itu bukan urusan kami. kalau kami mati pun akan ada orang yang tolong bersihkan.
Perkara ini tidak hanya berlaku dikariah aku saja. Baru-baru ini aku solat Jumaat dikariah isteriku, seorang AJK masjid bangun memgumumkan akan diadakan gotong royong. Beliau amat kesal pada tahun lepas begitu sedikit yang hadir. Katanya jangan sampai ada orang lain yang membersihkan kubur sanak saudara kita sedangkan kaum keluarganya buat tak tahu saja. Hairan sungguh dengan umat islam hari ini tidak ada semangat langsung untuk melakukan aktiviti ini yang suatu ketika dahulu dipandang positif oleh masyarakat. Kemana perginya mereka yang bercakap begitu hebat. Bersuara begitu lantang demi memperjuangkan agama. Bab ini pun tak boleh selesai maka tidur adalah lebih baik maklum saja cuti minggu.
Jadi kepada pembaca-pembaca yang budiman andaikata ada program gotong royong ditempat anda jangan diabaikan. Semaikan semangat ini kepada anak-anak anda sebab semangat ini sudah semakin pudar dari umat islam hari ini. Semoga Allah memberkati kita dengan pekerjaan yang mulia ini.

2 comments:
betul tu. gotong royong membawa keberkatan
mungkin tk kena tpt pd ari nya kott, cuba cari ari2 cuti umum (thaipusam) bg cuti untk bukan orng2 melayu, atau sminggu (cuti mingguan) seblum ramadan, AB pelawa sedara mara, kenalan2 atau jiran2 yg trdekat/rapat (tk perlu pengumuman bg orng kmpg) dn berihkan hnya pusara bg pihak AB dan kenalan dan jiran shja untk arwahan(si mati) mereka, mungkin dgn cara gini akan mmbuka ati orng2kmpg, insyaallah...
Post a Comment