Teman-teman

Tuesday, May 10, 2011

Kalau Hati Sudah Suka

Kuih kesukaan isteriku

Bulan Jun ini aku dan isteriku akan menyambut ulang perkahwinan kami selama 2tahun. Alhamdulillah selama ini banyak perkara positif yang berlaku terhadap diriku. Aku tidak lagi suka termenung tetapi kini aku lebih banyak bermimpi pula. Ahh...itu tak menjadi hal. Semua orang bermimpi. Selama perkahwinanku baru-baru inilah yang aku tahu bahawa kuih kesukaannya ialah lompang. Entah tiba-tiba saja dia minta aku tolong belikan kuih lompang. Katanya kuih lompang dan apom merupakan kegemarannya. Akhirnya aku beli di warung berdekatan. Katanya kuihnya tidak berapa sedap sebab keras.

Kuih kesukaanku

Semasa aku ke pekan tempat asalku, aku singgah untuk mencari kuih kesukaanku sebab aku sudah tahu dimana letaknya tempat yang menjual. Akhirnya aku terlihat kuih lompang. Aku belikan dia 3 biji. Takut pula nanti dia kata tak sedap. Bila dimakannya kuih tersebut dan memang citarasanya boleh terima apalagi pujinya meleleh la. Semenjak hari itu setiap hari aku mesti belikan dia kuih lompang. Tak jemu-jemu dia makan. Kadang-kadang kalau ada masa dia akan buat kuih apom dan dicicah dengan nyiur. Di potongnya lalau diberikan kepadaku. Aku rasa sedikit saja sebab aku tidak berapa berminat dengan kuih ini.
" Abang tak suka apom ka ". Tanya isteriku
" Suka ". Sambil tersenyum.
" Abang ni suka cakap 2 makna ". Marah dia dekat aku
" Maksud Nah apom yang Nah buat ". Sambil tertawa isteriku
" Ha...cakap biar teghang ". Aku berkata sambil kami ketawa. Tapi taklah sampai berguling.

Add ImageKuih kesukaanku

Kadang-kadang aku terasa malas nak ke pekan tempat aku lalu aku cari dikawasan yang terdekat. Aku katakan kepada lompang ini bukan dibeli di tempat selalu. Dia berkata kalau ditempat lain dia tak mahu makan sebab dia sudah jatuh cinta dengan lompang di tempat aku. Pernah aku tugas malam, aku singgah di warung menjual kuih. kaum wanita aku lihat berebut-rebut mengambil kuih lompang. Dalam hati aku berkata tentu kuih ini sedap sehingga menjadi rebutan lalu aku belikan dia 4 biji. Bila dia rasa dia berkata yang kuih di pekan aku lebih sedap. Itulah kalau hati sudah suka, belilah dimana pun tetap tidak sama.

1 comment:

hentian said...

huuu... susahlah kalau gitu. persis ibu_suri juga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...