Teman-teman

Saturday, May 28, 2011

Makan Angin Lorr.....

Aku membelek surat khabar Metro. Syarikat penerbangan Air Asia telah menawarkan terbang murah keserata tempat. Aku try survey untuk destinasi ke Medan berapa harganya. Wow tawaran hebat. Pergi RM10 dan pulang RM10 bermula Februari tahun hadapan. Aku tanya wife samada berminat atau tidak. Senyum dia sambil berkata, " Nak nak nak ".
Aku terus melayari airasia dan masuk kehalaman booking. Akhirnya berjaya juga aku book untuk ke Medan pada Mei 2012. Uish...tahun depan. Tak apa masa cepat berlalu. Selepas aku print maklumat-maklumat penting aku berikan kepada isteriku. Dibelek-beleknya kertas sambil menampakkan keceriaannya. Aku turut bergembira melihat isteriku Rosnah gembira bila kami berdua akan honeymoon di Medan.

Kadang-kadang bila aku melihat isteriku Rosnah membelek kertas booking dan memberitahu kakaknya tentang makan angin kami, memoriku terus berputar. Aku teringat kembali bila mana arwah Siti Aishah begitu gembira bila kami mendaftar untuk menunaikan fardhu haji. Di tunjuknya slip kepada keluarganya. Kini filem itu seperti ditayangkan kembali cuma pelakunnya adalah berbeza. Yang pastinya aku amat gembira sekali bila melihat isteriku Rosnah gembira. Memang dia layak mengecapi kegembiraan itu. Aku tidak melupakan anak gadisku Siti Zinnirah yang akan turut serta ke Medan. Inilah hadiah ayah untuknya. Terlalu banyak pengorbanan mereka terhadapku. Anak lelakiku Hermawan tidak dapat bersama sebab ketika itu beliau mungkin menghadapi peperiksaan akhir semnya dalam bidang elektronik di Politeknik Sultan Azlan Shah Tanjung Malim. Semoga kami dapat menghabiskan percutian kami disana dengan penuh Warna Nostalgia......

8 comments:

hentian said...

jangan seronok sangat, WN. tunggu trafik light dari warna merah ke warna hijau pun terasa lama, ni kan pula 2012.

apa pun, 12 may 2011 tak lama lagi. macam baru semalam je IM pergi meminang untuk anak IM tau-tau dah nak kahwin..he..he..

Ariff Budiman said...

Insan Marhein... Memang betul apa yang diperkatakan. Penantian itu adalh suatu yang pasti. Kita merancang dan saya memohon kepada Allah biarlah Allah merancang yang terbaik untuk kami. Tidak pernah WN makan keluar dari Malaysia. Ini merupakan yang pertama dan biarlah yang pertama ini mendatangkan kebahgiaan kepada kami.

kapten said...

wah bestnya WN.....ada apa kat medan WN leh citer sikit..

Ariff Budiman said...

Kapten..Yang saya tau la. Danao Toba berada di sana dan banyak lagi. Itru kata adik saya yang sudah kesana. Dia kata best. Nak cerita lebih banyak tunggu tahun depan he he

Kassim Selamat said...

Selamat bercuti tuan Ariff!

Anak sy pun sdg belajar di Poli Sultan Azlan Shah. Insyaallah...hujung tahun ni habis kot.

Ariff Budiman said...

Kassim Selamat...Terima kasih. Anak saya tahun depan habis. Semoga mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Biarlah mereka tahu betapa susahnya seorang ayah membantu agar mereka berjaya.

saing said...

salam. kaya raya bertaraf jutawanlah WN bila ke Indon. jgn lupa, tukar duit byk2 sblom berlepas, memang semua bda terasa nak beli. kuih muih, minuman diapun lain dr Msia.pemandangan dia pun berbeza dr tpt kita..x terkata mghayati kebesaran Allah...memang WN akan menempuh pgalaman yg berbeza dan myeronokkan..x caya? tungguuuu

Ariff Budiman said...

Saing...Tak sabar rasa menunggu tahun depan. Terima kasih kerana menghangatkan lagi percutian saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...