Teman-teman

Monday, September 30, 2013

Kalau Mimpi Itu Datang

Pihak majikanku iaitu TNB telah mengarah kesemua pekerjanya agar menyerahkan borang pemeriksaan kesihatan. Tarikh akhir penghantaran ialah pada 30 September 2013. Jam 9 pagi aku terhencut-hencut ke klinik. Mimpi semalam amat melucukan tetapi ia juga menyakitkan kaki aku. Sambil memandu fikiran aku melayang tentang mimpi yang melanda berturut-turut selama 3 malam. Aku telah diserang oleh makhluk yang begitu berdendan denganku. Ini terjadi bila aku berhenti dari melakukan ritualku iaitu membantu sahabat baikku. Aku terpekik terlolong ditengah malam meminta tolong dan membaca ayat Al Quran. Semua itu didengari oleh isteriku. Aku masih ingat lagi akan kata-kata ustaz.
" Budiman..kalau kita tarik benda itu keluar dari badan kawan Budiman, dia akan menjerit keseorangan disana. Ini bahaya. Jadi saya bagi cara yang harus Budiman buat setiap malam sebelum tidur. Baca Al-Quran dan pagar dari jauh ". Itu yang aku lakukan setiap malam sebelum tidur. Ia hanya mampu bertahan dari terus ia mengganggu.

Alhamdulillah benda itu tidak dapat memasuki bilik sahabatku. Kini setelah berlaku perselisihan dan terputusnya ikatan persahabatan dan aku pula dituduhnya menghantar benda halus kepadanya terus hatiku menjadi amat terguris. Sanggup seorang sahabat menuduh perkara yang tidak pernah terlintas difikiranku. Sedangkan isteriku mati disihir dan aku sendiri tahu siapa penyebabnya. itupun aku masih berdiam diri dan tidak membalas dengan cara sihir. Biar Allah yang menghukum. Aku tidak mahu mengamal benda yang syirik.


Akhirnya setelah aku tidak lagi membuat ritual itu makhluk itu mengambil kesempatan diatas kelemahan diri aku yang telah tewas dengan menyerang aku. Habis aku di serang seluruh badan aku akan terasa bisa dan sakit. Aku terpaksa membuat air dengan membaca Al Mathurat dan meminum sendiri sebagai penawar. Alhamdulillah. Aku menjadi begitu lemah bila sahabat yang paling baik menuduh aku begitu. Kini kami berpisah dan membawa haluan masing-masing. Secara peribadi aku telah maafkan segala apa yang terjadi. Manusia memang tidak pernah sempurna. Aku juga mengharapkan agar sahabatku juga dapat memaafkan diriku. Cuma orang yang telah memusnahkan kehidupanku dengan membunuh isteriku tidak dapat aku maafkan.

Panjang sungguh ingatanku. Sedar-sedar aku sudah berada di depan klinik. Aku keluar lalu aku hulurkan borang kepada doktor. Sekejap saja namaku dipanggil. Doktor mengambil ukuran tinggi, berat badan, glukos dan tekanan darah. Berdasarkan ketinggianku iaitu 1.75 meter dan beratku 80kg doktor mengatakan yang aku ini di katogarikan telah obes. Doktor menyarankan agr aku menurunkan berat badanku sehingga ke 67 kg. Wadduhhh....Entah macam mana gula dalam darahku pula turun hingga ke paras 3.6. Bahaya kata doktor. Boleh pengsan sebab gula tiada dalam badan. Doktor suruh aku makan bila pulang nanti.

" Lagi satu En Ariff. Saya tengok en jalan terhencut-hencut. Gout menyerang kembali ke ". Kata doktor. Aku hanya tertawa kecil.
" Bukan gout doktor. Benda lain ". Aku tersipu-sipu malu antara mahu atau tidak menceritakan akan mimpiku.
" Semalam saya mimpi. Saya langgar seorang lelaki Bangla secara tidak sengaja sebab dia berjalan ditengah jalanraya. Tiba-tiba dia maki saya BABI. Saya berhenti lalu saya bertanya kembali apa katanya tadi. Sekali lagi dia ulang AWAK BABI. Saya naik angin terus menyepak lelaki bangla tapi dia pandai mengelak. Saya terus menendang sekali lagi dan dia mengelak. Akhirnya saya tersedar kesakitan. Rupanya saya telah menedang kayu tingkap sehingga berdarah kaki saya. Itulah sebab saya jalan macam ini ". Doktor menutup mulut kerana tidak tahan mendengar ceritaku.

Aku juga telah menceritakan kisah mimpiku kepada isteriku. Tertawa isteriku mendengarnya
" Ish...abang ni. Allah bagi kaki untuk berjalan. Bukan untuk menendang walaupun dalam mimpi ". Hehe. Manalah aku dapat mengawal didalam mimpiku.

Berbalik pada kisah doktor tadi. Dia pergi kearah stafnya sambil berkata " En Ariff ni memang kelakar ". Setelah mengelap airmatanya dia datang kembali kearah saya. Dia memberi tips tentang cara-cara menurunkan berat badan. Aku mendengar dengan penuh minat. Harap-harap target aku akan tercapai. Masih terngiang-ngiang akan kata-kata doktor yang mengatakan yang aku ini seorang yang kelakar. memang betul aku jenis yang suka bergurau walaupun mukaku kelihatan garang. Aku juga manusia biasa. Ada kalanya hati aku akan terguris. Aku akan kecewa dengan sikap sesetengah manusia tapi aku juga jenis yang cepat cool. Seperti kata-kata sahabatku. Katanya dia begitu cepat marah dan dia juga begitu cepat sejuk. Aku berdoa kepada Allah agar Allah menyejukkan hatinya kembali dan memaafkan aku...

Sebelum pulang kerumah, aku singgah di Medan Selera lalu memesan sebanyak 3 keping capati dan nescafe ais. Ini semua disebabkan paras gula yang rendah. Namun aku hanya dapat menghabis sebanyak 2 keping saja. Aku bungkus lagi sekeping untuk makan malamku di tempat kerja. Bila sampai dirumah isteriku berkata yang dia masak gulai ikan kering....Minta nyawa....minta nyawa....Aku baru nak diet....

3 comments:

Anonymous said...

Sedih dan lucu membaca cerita En Ariff. Semoga persahabatan yang mulia ini dapat diteruskan dengan masing2 memaafkan.Seronok bacanya. Ya Allah ikatkan kembali tali persahabatan mereka. Menitis airmata ini ketika menaip

Anonymous said...

Saya pun mcm Pak Arif juga. Difitnah hingga tak tau nk taruh muka kat mana. Tapi bila akal waras dtg kembali saya berkata pada diri, Allah kan ada. Semua yg terjadi dariNya. Saya maafkan saja sahabat ituwalaupun tak pernah lg bersua. Saya lebih takut balasan Allah di kemudian hari.

azzim said...

Pakcik share la tips turunkan berat badan.Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...