Teman-teman

Monday, September 23, 2013

Pameran Kucing Cantik

Ahad 22 September 2013 bertempat di Kompleks Bukit Jambul  berlansung pertandingan kucing cantik acara akhir. Sekali lagi aku, isteri serta anaknya ke Kompleks. Aku pula bertugas petang. Ini bermakna aku hanya sekejap saja berada disana. Sengaja aku menemani isteriku. Mata masih mengantuk kerana baru habis bertugas malam. Demi isteriku aku sanggup menahan mataku. Terasa hilang mengantuk bila melihat begitu banyak deretan sangakar yang berisi kucing-kucing yang cantik.


 Orang ramai sudah memenuhi kawasan pameran. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang mengambil gambar kucing. Pihak penganjur terpaksa menghalang sangkar dengan memasang plastik untuk menutup sangkar. Kerana terlalu geram melihat kucing orang ramai memegang dan mencuit kucing. Anak-anak pula dibiarkan memasukkan tangan kedalam sangkar untuk memegang kucing.


Kebanyakkan kucing menjadi ketakutan dengan persekitaran yang baru ini. Mereka mudah kepenatan. Dengan memagar sangkar dengan plastik, kucing-kucing akan terhindar dari tangan-tangan yang geram bila melihat mereka. Ia sedikit sebanyak membantut usaha aku untuk merakam gambar kucing yang cantik. DJ membuat pengumuman yang sebelah petang akan diadakan pakaian beragam kucing. Isteriku gembira. Katanya dia dan anaknya hendak menunggu dan mereka akan bersolat zohor di kompleks. Aku tiada masalah sebab aku bertugas petang. Cuma aku terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat merakan gambar pakaian beragam kucing.


Jam 1 petang aku mengajak isteriku makan tengahari dibawah komplek. Lama tak makan Sizzling mee. Isteriku terus order mee. Sekejap saja sudah siap. Sedap juga Sizzling mee. Aku terpaksa menghabiskan mee isteriku. Katanya dia kurang berminat dengan Sizzling mee. Terasa mengah juga perutku


Setelah selesai makan aku meminta diri dari isteriku untuk pulang kerumah dan bersiap untuk bertugas. Kami berpisah dan isteriku menuju ke surau yang terletak di kompleks. Bila malam aku menerima gambar dari anak-anakku. Nampak cantik juga pakaian beragam kucing. Kredit kepada anakku yang mengambil gambar. Terima kasih banyak-banyak.










2 comments:

Anonymous said...

kucing saya, prince Adi memenangi tempat kedua dalam acara fashion show cat, memakai baju Malaysia dan sangkar berhias berbentuk kereta bwarna biru :)

Ariff Budiman said...

Eena Arina....Tahniah dari saya. Memang teruja melihat kucing2 yang comel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...