Aku boleh dikatogarikan sebagai orang yang senang tidur. Tapi kadang-kadang amat payah juga aku nak melelapkan mata walaupun badan keletihan. Terpaksalah menggunakan kaedah mengira kambing-kambing yang banyak. Itu kata mereka yang susah melelapkan mata. Namun begitu amat payah melelapkan mata. Otak aku berpusing dengan ligat bekerja walaupun badan keletihan. Akhirnya terlelap juga aku. Aku membuka mata dan berada di sebuah kampung yang belum pernah aku masuk. Suasana kampung tersebut begitu tenang dan mendamaikan. Bukit bukau yang menghijau membuatkan aku terpesona. Di depan begitu ramai orang sedang berkumpul. Yang anihnya ketika aku sampai semua mereka memerhatikan aku.
Tiba-tiba aku melihat kelibat isteriku Siti Aishah. Dia memakai tudung bewarna biru muda manakala bajunya bewarna biru gelap. Itulah baju kesukaannya dan juga aku. Aku menyerbu kearahnya. Ingin sekali aku memeluknya. Sudah lama aku tidak melihatnya. Siti Aishah seolah-olahnya cuba mengelak dari aku. Mukanya masam.
" Siti..izinkan abang pegang tangan Siti. Lama abang tak pegang. Abang terlalu rindu ". Kataku kepada Siti Aishah. Isteriku hanya menundukkan kepalanya.
" Abang masuklah kedalam rumah. Ada orang yang memerlukan doa abang ". Kata isteriku sambil matanya melirik kearah sebuah rumah.
Aku melangkah menuju kerumah tersebut. Semua penduduk memerhatikan aku. Bila tiba dipintu seorang wanita yang tidak aku kenali berkata
" Jemput Budiman...". Sambil membawa aku. Dari jauh aku melihat kain yang menutupi mayat.
" Minta tolonglah Budiman doakan. Aishah dah masuk tadi ". Rupanya isteriku sudah masuk tetapi kenapa wajahnya muram. Aku berdebar-debar berjalan. Mayat siapakah itu yang terbujur kaku. Wanita-wanita yang berada dekat dengan mayat terus memberi laluan kepadaku. Wanita tadi terus membuka penutup mayat.
" Mai Budiman....Tolong sat berdoa untuk dia ". Kata wanita tersebut. Aku mendekati mayat tersebut. Aku begitu terkejut bila melihat keadaan mayat.
" Ya Allah kenapa mukanya begitu hitam ". Aku bertanya wanita tersebut
" Itulah sebab kami minta Budiman dan Aishah tolong berdoa untuknya ". Kata wanita tersebut.
Apa yang hendak aku doakan untuknya. Entah kenapa terasa hatiku begitu berat sekali. Aku hanya mengangkat tangan seolah berdoa namun tiada apa yang aku doakan. Selesai menjatuhkan tanganku aku berjalan keluar
" Terima kasih Budiman. Semoga Allah ampunkannya ". Kata wanita tersebut. Semoga Allah ampunkannya. Siapakah dia. Sambil berjalan sambil otakku ligat berfikir dan akhirnya bila tiba diluar isteriku Siti Aishah tersenyum menyambutku. Aku memegang tangannya. Begitu erat kami berpegangan tangan seolah-olahnya tidak mahu berpisah lagi. Bahagianya kami ketika itu. Tiada apa yang aku fikirkan ketika itu. Hati aku cukup gembira dapat bertemu dengan isteriku. Begitu juga dengan dia.
" Abang doa apa dekat wanita tadii ". Tanya isteriku
" Tak berdoa apa. Abang pun tak tau nak berdoa apa. Abang hanya angkat tangan saja ". Kataku kepada isteriku.
" Siti pun buat macam abang juga. Entah tak terasa hati untuk berdoa ". Kata isteriku sambil terus berjalan-jalan.
" Bang...lama Siti tak masak untuk abang. Kalau malam ini Siti buat special untuk abang, abang nak ka ". Tanya isteriku
" Abang tau Siti tentu nak buat mee udang ". Tekaku sebab itulah makanan kesukaanku.
" Pandai abang teka ". Tersenyum isteriku. Aku tertawa gembira melihat senyuman isteriku. Manis sungguh wajahnya
" Abang ajak Zinnirah sekali. Lama Siti tak tengok dia ". Kata isteriku
" Zinnirah ada dirumah. Tu dia depan pintu rumah ".Aku menunjuk kearah anakku
" Ya Allah bang. Besar dah Zinnirah ". Kata isteriku
" Jap abang nak panggil dia ". Kataku pula. Belum sempat aku membuka mulut talipon berbunyi. Tertera nama isteriku Rosnah.
" Assalamualaikum bang. Abang dengan siapa tu ". Tanya isteriku Rosnah
" Abang dengan Aishah. Dia nak berjumpa dengan Zinnirah ". Kataku kepada isteriku
" Bang..malam ni Nah nak masak special untuk abang. Teka apa dia ". Tanya isteriku dan aku sudah tahu apa itu.
" Nah nak masak apa yang special untuk abang ". Sengaja aku bertanya dan isteriku Siti Aishah hanya diam mendengar aku berbual dengan isteriku Rosnah
' Apa lagi kalau bukan mee udang. Abang ajak Zinnirah sekali banggg.. ". Kata isteriku Rosnah
Aku terdiam. Isteri yang mana harus aku utamakan. Kedua-duanya amat aku sayangi. Siti Aishah terus berjalan. Dia mendongak kerah anakku Zinnirah tapi sayangnya anakku tidak melihat ibunya. Kalau tidak sudah tentu anakku menyerbu mendapatkan ibunya yang dirindui. Akhirnya Siti Aishah sedikit demi sedikit hilang dari pandanganku. Dalam hati, aku berdoa semoga Siti Aishah datang kembali bertemu dengan aku. Bila tersedar aku dapat mendengar suara azan subuh berkumandang. Ini semua hanya mainan tidur namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dapat melihat isteriku walaupun ianya sekadar mainan tidur.
3 comments:
memang betul mainan tidur tapi sekurang2nya terubat juga rasa rindu pada arwah terasa seperti baru saja bertemu . Ya Allah kau temukanku walau dalam mimpi dgn arwah suamiku.
Anonymous.....Amin amin. Semoga doa puan di makbulkan oleh Allah. Terasa begitu nikmatnya dapat bersua walaupun sekadar bermimpi
dah lama sy x mimpikan arwah suami..selalu mengharap dpt mimpi wpun sekejap...bg ilang rs rindu ni :(
Post a Comment