Teman-teman

Sunday, August 03, 2014

Ingin Melihat Arwah Suami

Aku mempunyai 2 orang ibu angkat. Merekalah yang banyak membantu aku ketika aku di uji Allah pada tahun 2008. Aku mendapat perkabaran yang salah seorang dari ibu angkat aku akan melaksanakan ibadah haji. Dia terpaksa pergi keseorangan sebab suaminya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Aku mendapat panggilan talipon dari seorang lagi ibu angkatku mengatakan ibu angkat yang akan ke mekah mencari aku. Ada persoalan yang hendak di tanya kepadaku. Seminggu sebelum masyarakat islam menyambut Aidil Fitri aku berjumpa dengannya
" Makcik apa kabar ". Aku menyapa ibu angkatku. Bila dia melihat aku terus airmata gugur ke bumi
" Makcik tak berapa sihat. Makcik nak tanya Budiman sikit ". Terus kami ke penjuru surau

" Makcik nak tahu macam mana Budiman boleh nampak Aishah sewaktu mengerjakan umrah dulu ". Aku terdiam sebab aku tidak pernah menceritakan yang aku ternampak arwah Aishah sewaktu mengerjakan umrah dulu.
" Makcik terlalu rindu dekat pakcik. Makcik nak tengok pakcik di Mekah ". Kata ibu angkatku sambil menangis. Aku terdiam sambil memikir macam mana aku nak memulakan perkataan. Datang pula dua orang wanita berjumpa aku. Mereka merupakan ajk surau yang sama-sama bertungkus lumus bersama arwah Siti Aishah melakukan tugas.

" Sewaktu saya melakukan ibadah umrah makcik, saya telah melakukan kesilapan ". Kata- kataku yang membuat mereka terkejut.
" Sewaktu saya di tawarkan untuk mengerjakan umrah oleh seorang sahabat, saya cukup gembira. Akhirnya niat untuk ke tanah suci Allah makbulkan walaupun tanpa Aishah. Hati saya ketika itu begitu ikhlas untuk beribadah. Bila berjumpa rakan- rakan yang baru pulang dari sana, mereka menceritakan yang mereka dapat berjumpa dengan arwah ayah, emak serta kaum keluarga yang mereka rindui. Tapi yang sebenarnya makcik bukan orang sebenar yang kita lihat. Ia cuma bayangan yang Allah berikan kepada seseorang untuk mengubat rindu. Bila mendengar cerita dari rakan- rakan niat saya sudah mula berubah. Saya nak berdoa kepada Allah moga Allah tunjukkan wajah Aishah yang sangat saya rindu selama ini ". Ibu angkatku mendengar dengan penuh khusyuk sambil menyeka airmatanya.

" Bila saya memasuki Masjid Nabawi mata saya tercangak - cangak mencari andaikata ternampak bayangan Siti Aishah. Ketika berada betul- betul dengan mimbar nabi saya turut berdoa moga Allah tunjukkan Aishah. Namun saya hampa makcik. Kami memasukki Mekah pula. Saya menangis ketika itu bila melihat kaabah yang tersergam indah. Saya berdoa agar agar Allah tunjukkan Aishah. Ketika melakukan tawaf saya tidak putus- putus berdoa moga Allah tunjukkan Aishah di tempat yang mustajab doanya".

" Akhirnya saya melakukan umrah untuk Aishah. Badan saya sudah mula panas. Setelah selesai melakukan tawaf saya dan Rosnah melakukan solat. Selesai solat saya terus berdoa. Dalam doa tersebut saya memohon moga Allah tunjukkan rupa Aishah. Tiba - tiba saya merasakan sesuatu telah keluar dari badan saya. Saya berada di awangan. Saya melihat diri saya yang hampir jatuh. Saya melihat Rosnah yang khusyuk berdoa. Saya mendengar suara manusia bagaikan lebah yang mengerumuni diri saya. Makin lama saya semakin tinggi. Akhirnya saya berdoa...Ya Allah aku berdosa melakukan amalan tanpa ikhlas. Aku minta ampun padamu Ya Allah. Berikanlah kesempatan kepadaku untuk melihat anak- anakku. Mereka masih memerlukan diriku Ya Allah. Aku tidak akan minta lagi padamu untuk melihat Siti Aishah ".

" Selesai saya meminta ampun makcik saya dapat rasa badan saya seperti ada magnet yang menarik kembali ke badan saya. Saya terus longlai. Rosnah terkejut melihat keadaan saya. Saya cerita kepadanya apa yang berlaku terhadap saya. Nampak risau dia. Akhirnya dia menyuruh saya menaiki kerusi roda untuk saie. Badan saya terlalu panas ketika tu makcik. Bila selesai kami pulang ke hotel. Saya keletihan lalu tertidur. Aishah datang kepada saya dengan pakaian telekung. Tersenyum dia makcik
" Terima kasih bang. Siti sihat. Abang jagalah kesihatan abang ". Ibu angkatku dan dua orang wanita menangis mendengar cerita aku.
" Saya terjaga makcik dan badan saya berpeluh. Saya menadah tangan dan mengucap syukur kepada Allah kerana dapat berjumpa kekasih saya walaupun dalam mimpi ". Akhirnya jatuh juga airmata aku dihadapan tiga orang wanita.
" Jadi saya minta agar makcik jangan melakukan kesilapan seperti mana yang telah saya lakukan. Berdoalah moga Allah tempatkan ruh pakcik di tempat yang sebaik-baiknya. Kalau makcik melihat pakcik di Mekah itu merupakan bayangan yang Allah berikan kepada seseorang. Kita jangan minta kepada Allah untuk Allah tunjukkan rupa seseorang ". Aku menamatkan perbualanku dengan ibu angkatku. Aku bercerita bukan untuk menunjukkan yang aku terlalu sayangkan isteriku. Ia sebagai pengajaran kepada mereka yang senasib dengan aku. Itu saja. Maaf sekali lagi

6 comments:

insan marhaen said...

IM selalu berfikir bagaimana nak tunaikan Haji atau Umrah dengan kondisi ibu_suri yang tidak berapa kuat untuk berjalan serta masaalah kesihatan yang lain...

Anonymous said...

Membaca coretan pak Ariff ni saya dapat merasakan betapa dalam kasihnya Pak Ariff pada ibu Aisyah

Ariff Budiman said...

Insan Marhein....kita hanya mampu merancang. IM perlu menyediakan segala kelemkapan Ibu Suri dan selain kita berserak kpd Allah. Saya masih ingat ketika pergi umrah. Ada seorang makcik. Anak2 hantar makcik tu sambil berkata moga Allah pelihara ibu kami. Secara kasarnya kita maraj kpd anak2 kerana membiarkan ibu mereka pergi seorang diri tapi mahasuci Allah. Makcik tu telah di bantu oleh seoranh ahli umrah. Kemana saja mereka pergi makcik tersebut tidak pernah di tinggalkan. Memang Allah telah memelihara makcik tersebut. Jadi IM jangan risau. Sediakan kelengkapan secukupnya dan berserah kepada Allah

Ariff Budiman said...

Anonymous......Benar kata2 ini. Kami bermula dari zero. Dia banyak bersabar dan memberi sokongan kepada saya. Walaupun ketika kami kawin gaji saya begitu kecil sekali. Sebulan RM 400. Tapi tetap bersyukur dan berjimat. Kami makan apa yg termampu. Lepas tu saya di naikkan pangkat. Boleh bernafas sikit. Dapat anak pertama saya di naikkan pangkat lagi. Dapat anak kedua saya dinaikkan lagi pangkat. Alhamdulillah dia tidak pernah lupa daratan. Kami tetap juga berjimat. Dia yg banyak membantu keluarga saya dan tidak melupakan keluarganya. Dia ibarat tangan kiri saya. Bila kiri dan kanan cukup maka kehidupan kami melengkapi segalanya. Syukur Allah dapat pinjamkan dia untuk saya walaupun hanya utk seketika cuma. Dari Allah dia datang. Kepada Allah dia kembali.

sukaxplo said...

salam
tanam niat nak ke sana jugak..insha ALLAH

Ariff Budiman said...

sukaxplo...Amin amin amin. Moga Allah makbulkan doa ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...