Teman-teman

Monday, August 18, 2014

Laksa Teluk Kechai, Kedah

Awal pagi lagi aku menghantar isteriku untuk kursus membuat roti bun. Mula kursus jam 9 pagi hingga 3 petang. Aku pula mengikut adik iparku ke Alor Setar untuk urusan anaknya. Selesai tugasan mereka kami singgah di Pekan Rabu. Lama juga aku tak kesana. Keadaannya sama saja kalau aku Ke Kelantan. Aku hanya beli dodol durian saja. Balik kami singgah di Teluk Kechai. Terdapat laksa di sana. Kata orang sana kalau ke Teluk Kechai jika tak makan laksanya tak sah


Kami singgah selepas menunaikan solat zohor di masjid berdekatan. Bila keaadaanya masih lagi lengang. Kami mengambil order. Agak kurang selesa duduk disini. Bau longkang bersebelahan tempat kami duduk amat busuk. Tak ada orang yang menyelenggarakan longkang tersebut ka


Sekejap kami duduk laksa sudah sampai. Dari jauh aku melihat warnanya puca. Tak seperti laksa Penang yang isteriku buat. menjadi tabiat aku malah yang lain merasa kuahnya dulu sebelum makan. Memang jauh berbeza dari laksa Penang. Tiada daun kesum di dalam. Tiada daun pudina. Tiada bunga kantan. Kuahnya hanyalah ikan dan sambalnya sahaja. Terus aku tak minat. Maaf la sebab dengan bau longkang yang busuk minat aku terus hilang


Aku pesan untuk di bawa pulang. Nak minta isteriku rasa bagaimana Laksa Teluk Kechai. Sekilo di jual dengan harga RM12. Firasat aku mengatakan yang isteriku pasti kurang emar dengan laksa ini. Maklum la aku bagi chef yang rasa.


Bila isteriku rasa memang dia kata tak sama. Kuahnya tak wangi. Apalagi dia minta izin aku untuk ubah suai dan aku izinkan sebab aku juga kurang minat dengan kuahnya. Dimasuknya daun kesum, bunga kantan. Ikan pun ditambah oleh isteriku juga.


Akhirnya laksa Teluk Kechai telah bertukar menjadi laksa Penang. Bukan laksa Teluk Kechai tak sedap tapi bagi aku orang yang pernah buat laksa memang terasa akan kelainan. Tentu kita suka laksa negeri kita sendiri kan. Itulah keistimewaan negara kita yang mempunyai cita rasa yang berbeza.

6 comments:

Ju-Dzahir_Amanda said...

laksa ni dekat ja ngan umah mertua saya.. masa baru kawin dulu, first time rasa laksa ni mmg cannot go la.. tp lama ke lamaan saya jadi suka... sbb kelainan rasa tu la... kalau blk sana satu kemestian saya beli laksa tu bwk blk.. (x pernah mkn kat sana)..

Bearcat said...

Terima kasih sebab belanja laksa ni.
Hehe...Iman kata laksa Toknjang Karina lagi sedap.

Ariff Budiman said...

Ju-Dzahir_Amanda....Betul la tu. Dah lama makan sudah tentu menjadi kebiasaan dan terasa akan kesedapannya

Ariff Budiman said...

Bearcat.....Laksa Tokjang selama2nya sedap. Hehe. Terima kasih Iman dari Tokjang karina

Ju-Dzahir_Amanda said...

tapi kot mana pun laksa penang jugak terbaikkkk.....

Asyraff said...

Saya jatuh hati dengan laksa Langkawi, depan idaman suri. Balik dr langkawi singgah kedai zakaria teluk kechai ni. Langsung tak sedap. Tak jadi bungkus bawa balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...