Teman-teman

Sunday, August 10, 2014

Pusat Rekreasi Ulu Legong

Aku mengajak isteriku ke Ulu Legong, Baling Kedah iaitu tempat Rekreasi yang terdapat kolam air panas. Kebetulan isteriku tidak pernah lagi kesana. Jarak dari rumah aku ke Ulu Legong ialah sebanyak 115 KM yang mengambil lebih kurang 2 jam perjalanan. Kami telah menempa sebuah homestay bagi memudahkan merehatkan badan




Jam 7 petang kami bertolak dari Bayang Lepas Pulau Pinang. Keadaan jalan yang sesak memungkinkan kami tiba agak lewat. Alhamdulillah jalak yang sesak tidaklah begitu panjang. Jam 9.30 malam kami tiba di Ulu Legong dan terus mengambil kunci rumah. Kami melakukan solak jamak terlebih dahulu sebelum ke tempat rekreasi.


Kelihatan pengunjung sudah ramai berada di tempat rekreasi. Kami membeli tiket dengan harga RM6 seorang dan terus memasuki tempat rekreasi. Tempat yang di bahagikan dua peringkat. Satu peringkat airnya kurang panas dan satu peringkat lagi airnya panas




Kanak-kanak begitu riang bersama ibu bapa. Aku menyuruh isteriku menghulurkan kakinya daulu kedalam air untuk memudahkan ia menghantar isyarat ke otak. Itu kata-kata dari penjaga taman suatu ketika dahulu. Pernah ada pengunjung yang terus terjun kedalam kolam yang panas. Akhirnya dia terjerit-jerit kepanasan.




Semakin lama semakin ramai pengunjung yang datang. Air kolam pula semakin panas mengikut cuaca. Kelihatan wap keluar dari air kolam. Kami dapat bertahan sehingga jam 2 pagi walaupun di dalam tempat rekreasi masih di kunjungi manusia yang berbagai kaum seolah-olahnya waktu masih awal lagi. 




Nasib baik kami dapat menyewa homestay berdekatan dengan tempat rekreasi. Aku masih ingat sewaktu datang dengan arwah Siti Aishah, selepas selesai mandi kami terus pulang ke Penang. Badan terlalu letih dan mata mengantuk. Kali ini aku cepat-cepat menyewa homestay dan ini pun hanya tinggal sebuah saja yang kosong alhamdulillah. Bila bangun pagi terasa begitu tenang sekali.





Kami telah membuat temu janji dengan pengusaha kelulut yang menghasilkan madu. Aku nak merasai sendiri bagaimana menyedut madu dengan menggunakan straw. Dikatakan yang madu kelulut lebih baik dari madu lebah. Tidak sabar kami ke sana. Tunggu updatenya ya....

2 comments:

pB said...

Assalamualaikum


wah
macam menarik jer tempat nie.

Selain dari air panas dan madu kelulut , apa yang menarik.

Yelah , nak pergi dari KL , jauh jugak nie

Ariff Budiman said...

Waalaikumussalam pB. Yang saya tahu hanya itu saja cuma kalau nak ke Sik ada ladang tanaman anggur di situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...