Teman-teman

Saturday, August 30, 2014

Rezeki Orang Lain

Aku telah menerima tempahan kuah rojak yang special dari seseorang. Katanya dia nak yang manis dan tak suka pedas. Kuantitinya banyak. Aku Pun buat seperti diminta. Agak lama aku tidak buat kuah rojak. Semenjak aku berkahwin lain isteriku yang ini juga pandai buat kuah rojak. Cuma kuah rojaknya agak berapi. Jadi dengan permintaan ini aku buat sendiri berdasarkan resepi arwah Siti Aishah. Aku masih ingat ketika dia menerima tempahan dari warga kilang Indonesia yang akan pulang kesana. setiap seorang menepah sebanyak 10 tuppaware. Yang menempah pula tu seramai 20 orang.

Kuah rojak manis yang sedap
Bila tiba harinya isteriku demam kuat. Gelabah dia nak tunaikan permintaan kuah rojak. Akhirnya aku berkata kepada isteriku
" Siti ajar abang macam mana nak buat. Biar abang buat ". Aku berkata kepada isteriku. Akhirnya dia pun ajar aku cara-cara nak membuat kuah rojak. Itu yang aku pandai buat. Akhirnya aku berjaya siapkan tempahan untuk warga Indonesia. Feedback yang aku dapat dari mereka ialah mereka suka akan kuah rojak yang aku buat.


" Pandai abang buat. Tu yang Siti sayang dekat abang ". Pujian dari isteriku membuatkan hidung aku kembang sekembangnya.
" Nanti kalau Siti tak ada abang teruskan buat kuah rojak ni. jangan bagi lupa ". Aku hanya diam mendengar kata-kata isteriku tanpa menduga terselit sesuatu yang aku sendiri tidak jangkakan


Kini setelah dia pergi untuk selama-lamanya dan aku pula telah menerima tempahan dari orang yang aku sayang, aku tanpa rasa penat lelah mencari bahan dan buat kuah rojak yang di pinta. Kini sudah beberapa bulan ianya tersimpang didalam peti sejuk. Aku buka kembali peti sejuk lalu mengambil kuah rojak. Firasatku ialah orang itu sudah tidak mahu menerima barangan aku lagi. Lalu aku akan berikan kepada sesiapa yang berminat.


Aku buka dan rasa samada masih elok atau tidak. Alhamdulillah ianya masih elok. Sedap dan manis. Aku masukkan kembali dalm peti sejuk menanti rezeki sesiapa. Hasilnya ini lah gambar yang aku hantar. Colek pauh atau mempelam. Di tabur kacang tumbuk di atas. Cukup sedap.


Lepas maghrib aku buat pula rojak buah. Rasanya tidak pedas dan ianya sesuai untuk mereka yang tidak suka akas pedas. Kuah rojak hasil buatan tanganku sendiri. Entah rezeki agaknya....Rasa-rasanya kuah rojak yang aku buat ini untuk 30 orang makan. Masyaallah kalau siapa yang dapat.

4 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum Encik Arif..dulu saya tak berapa reti nak makan rojak buah ni tapi setelah membaca beberapa entri Encik Ariff mengenai makanan ini saya telah mencubanya dan sekarang sudah mula suka memakannya begitu juga dengan tempek nyok yang tak pernah dibuat dan makan sebelum ini.

Anonymous said...

Assalammualaikum Encik Ariff dulu saya tak berapa suka dengan rojak ni tapi setelah baca beberapa entri dari Encik Ariff sudah mula minat begitu juga dengan tempek nyok tak pernah buat dan makan sebelum ini tapi sekarang sudah pandai sehingga suami hairan tengok saya..

Ariff Budiman said...

Waalaikumussalam Anonymous
Alhamdulillah. Welcome to the club

pB said...

Assalamualaikum,

sedap nya .....
Makan rojak ni , kalau makan ramai ramai lagi seronok ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...