Teman-teman

Thursday, August 28, 2014

Semoga Allah Permudahkan Aku

Aku membuka kembali folder novelku yang di beri tajuk Berakhirnya Sebuah Kehidupan. Masih 4 mukasurat dan ianya masih belum menerima sentuhan tuan pengarang. Kini aku bertekad dan berazam tidak akan memandang ke belakang lagi. Biarlah semuanya nostalgia indah buatku disimpan didalam peti hatiku. Aku akan mula mengarang selagi ingatanku masih kekal. Takut ingatanku hilang maka segala kenangan untuk menjadi iktibar kepada pembaca hilang begitu saja.

Ramai kawan-kawanku samada di luar dan juga di FB memberi semangat agar aku meneruskan penulisanku. Novel yang mengisahkan kisah hidupku zaman remaja sehinggalah zaman indahku sewaktu bersama isteri kesayanganku Siti Aishah. Ia berakhirnya dengan penuh tragis hasil perbuatan tangan-tangan yang dengki. Semakin aku menulis semakin ligat memori itu berputar. Jika aku terhenti maka ia akan dibiarkan begitu lama. Jadi aku bertekad tidak akan menoleh ke belakang lagi.

Aku ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada orang yang paling aku sayang dan cinta kerana menegur cara ayat yang aku gunakan walaupun penulisanku ditahap permulaan. Moga Allah berkati hidupnya. Aku mohon kepada Allah dan juga pembaca semua semoga di beri kekuatan dan semangat untuk menghasilkan novel yang menjadi impianku selama ini. Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan moral kepadaku. Moga novel Berakhirnya Sebuah Kehidupan dapat dihasilkan insyaallah...

2 comments:

Shidah said...

As salam
Saya doakan moga allah permudahkan abang. Tak sabar nak baca

Ariff Budiman said...

Terima kasih Shidah atas doa ini. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...