Aku seorang peminat barangan untuk koleksi peribadi. Ia tidak kepada satu koleksi saja. Apa yang lihat dan menarik minat aku, akan aku beli. Ada yang bertanya adakah aku minat dengan barangan antik seperti keris lama, tembaga lama. Bagi aku, itu semua bakal mengundang musibah pada keluarga aku. Makhluk halus suka akan besi dan kemungkinan salah satu besi yang kita miliki akan dihuninya. Sebab itu aku tidak suka dengan barangan antik.
Aku bermula dengan membeli koleksi kapal terbang mini. Aku letak di atas kabinet. lama kelamaan ia semakin bertambah lalu isteriku cadangkan agar aku membeli almari untuk menyimpan koleksi aku. Aku tahu dia juga suka akan minat aku. Ketika aku pergi ke Melaka dan ketika berada di Jonker Walk aku bagai nak gila bila melihat begitu banyak barang yang aki minat. Ikutkan hati mahu saja aku membeli apa saja yang aku minat tapi memandangkan fulusnya. Aku hanya membeli sedikit saja. Ketika di Padang Besar aku melihat begitu cantik robot Predator. Apalagi terus aku membelinya.
Aku juga mencari Jet Fighter dan akhirnya aku berjumpa dengan tempatnya yang terletak di Prangin Mall Penang. Setiap bulan aku membeli sebanyak 2 biji. Jenis-jenis kereta sport juga salah satu dari koleksi aku. Semasa berada di Up Town Bandar Perda Seberang Perai aku terjumpa kereta sport terpakai. Masih elok lagi cuma catnya yang pudar. Harganya pula murah. Aku sembur cat agar ia kelihatan baru.
Kemana saja aku pergi aku pasti mencari benda yang elok untuk koleksi aku. Kalau melalui peniaga yang menjual barangan antik aku hanya melihat saja. Isteriku pasti akan bertanya
" Bang...ada ka benda di situ ".
" Ya. Di parang antik ada ". Kataku. Satu lagi yang aku tak izinkan kaum keluarga aku beli ialah barangan dari Indonesia terutamanya key chain yang di perbuat dari kayu
Sebelum ia menjadi key chain ia merupakan sebuah pokok. Kadang-kadang ada makhluk yang tinggal di situ. Bila pokok di tebang dan di baut bermacam-macam jenis cenderamata dan ini bermakna makhluk tersebut akan lari. Dia akan mengikut kayu yang dia duduki. Nasib la kalau ada sesiapa yang membeli key chain yang di dudukinya. Sebab itu aku lebih suka membeli jenis barangan yang biasa saja. nampak gayanya almariku sudah dipenuhi koleksiku. Mungkinkah perlu dibeli lagi almari untuk koleksi yang baru. Kini aku masih lagi mencari koleksi jet fighter. Kalau ada pembaca yang tahu lokasinya tolong bagitau aku ya......
4 comments:
Tudia...dah makin banyak koleksi.
Hobi yang boleh buat duit ni hehe.
Bearcat...Bukan boleh buat duit tapi peghabih duit. Kih kih
Dah letih pengabih duit untuk anak-anak dulu, la.. time peghabih duit untuk diri sendiri sebelum tutup mata buat selamanya...he..he..
insan marhein....Inilah time kita untuk mengejar impian yang terbengkalai
Post a Comment