Teman-teman

Sunday, May 03, 2015

Cari Pengganti

Pada 1 Mei bersempena hari Buruh, isteriku telah menghadiahkan kepadaku sebuah cawan plastik yang cantik mengikut mata kasarku. Ia bagi menggantikan cawan kaca yang patah telinganya. Kata isteriku harganya amat murah. Cuma RM4.50. Mengikut kata hatiku, makna harganya murah itulah saja kemampuan isteriku yang tidak bekerja. Dia tidak dapat menghadiahkan kepada cawan yang mahal. Padaku harga bukan mainkan peranan. Ingatan itu lebih bermakna. Buat apa kalau memberi hadiah yang mahal-mahal tetapi sering bergaduh


Biarlah ianya murah dari segi harga tetapi ianya mahal dari sudut ingatanku. Mana mungkin aku boleh melupakan mereka-mereka yang telah memberi hadiah kepadaku. Baik yang murah atau yang mahal. Aku sentiasa mendoakan mereka. Selagi aku masih hidup selagi itulah aku akan menggunakannya.


Selagi cawan ini tidak rosak selagi itulah ia akan berkhidmat untuk selama-lamanya. Tak gaduh nak pecah bila terlanggar sinki batu. Maklum la orang jantan ni mana ada kelembutan bila buat kerja

Saturday, May 02, 2015

Jeruk Mempelam

Wahh....Anak aku bagi buah mempelam. Apalagi aku ambil sebiji untuk di buat jeruk. Senang saja nak buat jeruk.

1 ) Langkah pertama aku buang kulit
2 ) Aku rendam dalam air kapur. Ini untuk merangupkan buah. Tak lembik
3 ) Setelah sejam aku remdam aku buang airnya lalu rendam pula dalam air garam. Ini untuk menghilangkan rasa masam. Sementara tu aku masak air gula
4 ) lepas air gula sejuk aku masukkan buah mempelam dan letakkan di dalam peti sejuk
5 ) Lepas 1 atau 2 hari di dalam peti sejuk. Aku keluarkan dan makan. Hurmmm...Memang lazat. Jadi pembaca sekelian. Jom pakat2 cuba....



Thursday, April 30, 2015

Tak Mungkin

Isteriku meletakkan plaster di kedua- dua bahuku. Aku terus melayan konsert Kilauan Emas. Aku tersentuh ketika persembahan Ameng. Mengalir airmataku bila melihat wajah isteri serta anak- anak Ameng. Aku dapat merasai bagaimana kerinduan isterinya. Sudah berapa lama mereka terpisah di sebalik tirai- tirai besi. Aku meneruskan khayalanku alangkah indahnya jika yang berada didepanku ialah arwah Siti Aishah. Sudah 6 tahun aku kehilangannya tapi mana mungkin mereka yang sudah meninggal boleh berada di dunia ini melainkan aku juga mati. Itulah saat yang aku hadapi ketika motosikalku hampir bertembung dengan motosikal yang lain.

Ketika itu aku dapat merasakan saat kematianku telah tiba. Aku tergamam membiarkan motorsikalku meluncur laju. Entah macam mana ketika menghampiri tiba- tiba aku mengelak tapi sudah terlewat. Walaupun hentamanku sebelah sisi saja namun aku dan pemuda cina yang menunggannya terpelanting. Aku bingung ketika itu. Setelah beberapa minit aku bangun lalu mendapatkan pemuda cina
" Macam mana you punya motosikal ". Aku bertanya sambil mengurut pinggangku yang sakit
" Stering sudah bengkok. Lu salah. Wa sudah hijau ". Katanya
" Betul tauke saya salah ". Aku mengaku
" Sekarang you nak buat apa. Saya punya motor rosak ". Kata pemuda tadi
" takpa kita bawa ke kedai. Saya bayar ". Kami terus ke kedai motorsikal. Setelah pomen melihat akhirnya jumlah yang perlu aku baiki terhadap motosikal pemuda cina ialah sebanyak RM200.

Terus aku membayarnya cash. Kami berjabat tangan tanda kes sudah selesai. Aku melihat pula motosikalku yang juga rosak tapi tidaklah seteruk mana sebab aku sempat mengelak. Kalau aku bertembung tepat akibatnya aku pasti cedera parah. Syukur kepada Allah yang masih menyelamatkan aku. Kepada rakan- rakan FB yang bertanya dan berdoa, aku mengucapkan ribuan terima kasih. Maaf aku tidak dapat membalas mesej kalian. Masih terasa pening dan sakit seluruh anggota badanku. Moga kita ketemu lagi.

 

Monday, April 27, 2015

Pasar Besut

Pada Khamis 23 April 2015 aku mengajak isteriku ke Kelantan. Ada hal mustahak. Kami bertolak jam 9 pagi dari Pulau Pinang dan setelah 6 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Selising, Pasir Putih. Datang anak saudara lalu mengajak aku dan isteri ke pasar Besut yang hanya di buka setiap hari Jumaat. Katanya lagi kalau nak ke pasar Besut harus kena pergi awal. Takut susah mendapat tempat parkir kereta.


Jam 8 pagi kami bertolak dari Selising menuju pasar Besut yang terletak di Kuala Besut. Sudah lama aku tak kesini dan aku tahu tempat ini pasti menyeronokkan.


Alhamdulillah bila kami sampai tempat parkir masih boleh didapati. kelihatan orang ramai telah memenuhi pasar tersebut. langit nampak gelap dan dengan begitu cepat hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik penjual menyediakan khemah jadi bolehla kami berteduh menanti hujan reda


Setelah hujan reda orang ramai menjalankan aktiviti semula termasuk kami. Aku cukup tahan melihat udang galah yang dijual oleh seorang pakcik. Selunggok RM20. Banyak pula tu. Aku terus meminta sebanyak 2 lunggok. Dah terbayang gulai udang galah dan sambal tumis udang galah.


Aku juga kagum melihat alat membuat cakoi. Begitu mudah sekali. Tak payah mencanai. Cuma cakoi boleh di olah mengikut tempat masing-masing. Cakoi disini ianya keras. Katanya di Besut hanya dia seorang yang ada alat ini.


Ketika berjalan anak saudaraku membeli pekasam. Katanya sedap sangat  Aku kurang makan pekasam walaupun dulu aku begitu minat dengan pekasam. Cuma bila beralih umur kesihatan perlu dijaga.


Satu lagi yang aku cukup suka makan ialah telur penyu. Kali ini aku tak belinya. Aku hanya mengambil gambar sahaja


Akhirnya aku tewas bila melihat buah mempelam atau buah pauh. Bila aku rasa memang manis. Mulalah terbayang nak bagi pada orang ini. Orang itu. Last sekali aku beli buah mempelam sebanyak 10 kilo. Selepas itu kami mencari keropok keping. Aku suka keropok terengganu. Sedap dan tak gatal lidah. Aku beli sebanyak 7 kilo. Penuh kereta aku. Aku bertekad akau akan datang lagi kesini lagi. Tak puas shoping..

Wednesday, April 22, 2015

Bila Berpeluang Lakukanlah

Aku dan isteri ke Prangin Mall Pulau Pinang. Niat di hati ingin membeli jet fighter untuk koleksiku. Aku berminat yang jenis besi dan bukan plastik. Walaupun sedikit mahal aku tetap akan beli sedikit demi sedikit. Dapat gaji akan aku beli satu ataupun dua. Bila sampai kami terus pergi kearah 2 orang gadis cina yang meniaga disitu. Terus aku minta jet fighter jenis MIG.
" Berapa harga jet ni ". Aku bertanya mereka
" Harganya RM29.90. Encik bagi RM29 sudah ". Kata salah seorang dari mereka. Terdapat 4 warna jet. Aku sudah mempunyai warna biru dan hitam. Jadi aku mengmbil warna merah. Gadis tersebut terus membungkus jet dan aku menghulurkan kepadanya RM20+20 sebab tiada duit kecil. Gadis tersebut dan memulangkan kepada aku wang RM20. Terus kami pergi dari situ.

Ketika berjalan aku berkata kepada isteriku
" Nah. Perempuan tu kata harga jet RM29. Abang bagi RM40. Pasai apa dia balik RM20. Tentu dia tersilap kira ni ". Isteriku terdiam
" Abang pasti ka yang abang bagi RM40. Cuba abang cek beg duit ". Kata isteriku dan aku terus check. Memang benar aku beri RM40 kepada gadis cina tersebut
" Kita kena bagi balik bang duit yang silap ". Kata isteriku. Aku bersetuju sebab bukan akhkak islam mengambil kesempatan dari kesalahan orang lain walaupun kita sendiri tahu yang dia tersilap.

Kami terus kearah 2 gadis tadi. Mereka terkejut melihat kami
" Encik tadi ada tersilap sikit ". Kata gadis cina
" Saya tau sebab tu saya patah balik. Harga RM29 dan you bagi balik saya RM20. Islam ajar saya tak boleh ambil wang yang bukan hak saya walaupun you sudah buat silap. Saya tak boleh ambil kesempatan ".Sambil aku menyerahkan wang sebanyak RM10. Sewaktu menerima wang dari aku kedua-dua gadis cina tersebut menunduk tanda hurmat kepada kami
" Tenkiu...tenkiu ". Kata mereka. Bila kami beredar mereka masih lagi mengucap terima kasih kepada kami.

Bagiku, aku cukup merasa puas. Sekurang-kurangnya bila kami mendapat peluang untuk menerang islam kepada yang bukan islam akan kami lakukan. Cuma kali ini kami lakukan dengan cara perbuatan kami. Moga mereka tidak memandang islam sebagai perosak atau pengganas. Islam itu sebenarnya indah. Ia bukan saja indah kepada orang islam sendiri tapi kepada mereka yang bukan islam.

Tuesday, April 21, 2015

Mengejar Impian Koleksi Peribadi

Aku seorang peminat barangan untuk koleksi peribadi. Ia tidak kepada satu koleksi saja. Apa yang lihat dan menarik minat aku, akan aku beli. Ada yang bertanya adakah aku minat dengan barangan antik seperti keris lama, tembaga lama. Bagi aku, itu semua bakal mengundang musibah pada keluarga aku. Makhluk halus suka akan besi dan kemungkinan salah satu besi yang kita miliki akan dihuninya. Sebab itu aku tidak suka dengan barangan antik. 


Aku bermula dengan membeli koleksi kapal terbang mini. Aku letak di atas kabinet. lama kelamaan ia semakin bertambah lalu isteriku cadangkan agar aku membeli almari untuk menyimpan koleksi aku. Aku tahu dia juga suka akan minat aku. Ketika aku pergi ke Melaka dan ketika berada di Jonker Walk aku bagai nak gila bila melihat begitu banyak barang yang aki minat. Ikutkan hati mahu saja aku membeli apa saja yang aku minat tapi memandangkan fulusnya. Aku hanya membeli sedikit saja. Ketika di Padang Besar aku melihat begitu cantik robot Predator. Apalagi terus aku membelinya.


Aku juga mencari Jet Fighter dan akhirnya aku berjumpa dengan tempatnya yang terletak di Prangin Mall Penang. Setiap bulan aku membeli sebanyak 2 biji. Jenis-jenis kereta sport juga salah satu dari koleksi aku. Semasa berada di Up Town Bandar Perda Seberang Perai aku terjumpa kereta sport terpakai. Masih elok lagi cuma catnya yang pudar. Harganya pula murah. Aku sembur cat agar ia kelihatan baru.


Kemana saja aku pergi aku pasti mencari benda yang elok untuk koleksi aku. Kalau melalui peniaga yang menjual barangan antik aku hanya melihat saja. Isteriku pasti akan bertanya
" Bang...ada ka benda di situ ".
" Ya. Di parang antik ada ". Kataku. Satu lagi yang aku tak izinkan kaum keluarga aku beli ialah barangan dari Indonesia terutamanya key chain yang di perbuat dari kayu


Sebelum ia menjadi key chain ia merupakan sebuah pokok. Kadang-kadang ada makhluk yang tinggal di situ. Bila pokok di tebang dan di baut bermacam-macam jenis cenderamata dan ini bermakna makhluk tersebut akan lari. Dia akan mengikut kayu yang dia duduki. Nasib la kalau ada sesiapa yang membeli key chain yang di dudukinya. Sebab itu aku lebih suka membeli jenis barangan yang biasa saja. nampak gayanya almariku sudah dipenuhi koleksiku. Mungkinkah perlu dibeli lagi almari untuk koleksi yang baru. Kini aku masih lagi mencari koleksi jet fighter. Kalau ada pembaca yang tahu lokasinya tolong bagitau aku ya......

Friday, April 17, 2015

Kisah Bunga Lagi

Ketika aku pulang dari tugas malam, aku melihat isteriku berada di mini tamannya. Terus dia tunjukkan aku bunga ros yang baru menguntum senyuman pada pagi Jumaat.


Aku masuk kedalam rumah dan mengambil kamera. Terus aku shoot bunga yang baru menguntum senyum. Cantik juga bunga ros






Thursday, April 16, 2015

Mini Taman

Semasa berada di Cameron Highland isteriku begitu lama bila berada di dalam kawasan pokok bunga. Katanya nak beli pokok bunga walaupun dia tahu yang kawasan rumah kami bukannya sekangkang kera tapi kera nak kangkang pun susah. Atas minatnya terhadap pokok maka dapat juga buat mini taman yang kecil.


Selepas pulang dari CH, keesokkan harinya aku dan dia kerumah ibu mertuaku untuk mengambil tanah bakar. Aku follow saja janji dia terhibur sudah.Pokok bunga ros dan pokok halau nyamuk masih belum di pindahkan lagi.
" Mak...Kami mai ni nak ambik tanah bakar. Rosnah nak tanam pokok bunga ". Aku berkata kepada ibu mertuaku yang hanya tersenyum. Ketika mengcangkul tanah aku masih sempat bergurau dengan isteriku sambil menyanyi lagu P Ramlee
" Beginilah nasib..diriku yang malang oh tuhan. Tak boleh bersenang lenang. Berehat sekejap isteri dah meradang. Kerja berat takut reput tulang ". Isteriku tertawa bila aku menyanyi mirip suara P Ramlee. Tapi aku tahu dia tidak akan mengambil hati dengan nyanyian aku.


Aku cukup suka bergurau. Itupun kalau ada yang pandai tackle aku. Akhirnya impian isteriku untuk memiliki mini taman bunga berjaya lalu pokok bunga ros dan pokok halau nyamuk di pindahkan kedalam pasu..


Setiap hari dan petang tidak jemu isteriku ziarah dan melihat tamannya. Bunga ros pula banyak yang tumbuh


Pokok halau nyamuk di sebelah pokok ros


Jadi aku ambil kamera lalu tembak satu persatu. Seronok pula rasanya. Lama aku tak menembak selepas kameraku hilang.


Insyaallah kalau ada rezeki boleh la cari rumah lain yang mempunyai kawasan yang luas. Stakat ini kami hanya mampu bersyukur dengan rumah yang ada






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...