Teman-teman

Wednesday, June 24, 2015

Wisata Padang / Bukit Tinggi Indonesia 22-25 Mei 2015 - Malin Kundang

22 Mei 2015 - Pulau Pinang. Aku serta kaum keluargaku sudah membuat perancang selama setahun untuk melancung ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia. Dengan tawaran murah Air Asia dapatlah aku menunaikan hajatku. Jam 8.30 pagi kami bertolak ke KLIA


Di sana pula kami akan bertemu keluargaku dari Kelantan yang juga turut serta dalam rombongan ini. Setelah berada di angkasa selama 45 minit akhirnya kami selamat mendarat di KLIA. kami memilih sebuah restorang untuk makan pagi kami. Aku telah membeli nasi lemak dari Penang. Keluargaku dari Kelantan begitu kepingin nasi lemak Penang


Sementara menanti penerbangan ke Padang kami duduk dan berbual sambil menikmati makanan dari PenangJam 1.30 petang kami terbang ke Padang. Jadi solat zohor kami dan asar adalah di Padang. mengikut perancangan dari ketua rombongan ialah setibanya kami di lapanagn terbang Padang kami akan di sambut oleh Bapak Hendri yang akan membawa kami ke tempat Malin Kundang di mana anak derhaka yang telah menjadi batu. Sudah lama aku membaca kisah ini dan aku begitu teringin suatu hari aku pasti akan kesini.

Setibanya kami di lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau kami di sambut oleh Bapak Hendri. Kami telah menyewa 2 buah kijang iaitu Avanza dan Innova untuk ke Pantai Air Manis yang terdapat batu Malin Kundang. Jalan menuju ke Pantai Air Manis begitu sempit sebab itu memmerlukan kijang. Satu yang aku puji masyarakan Padang ialah sikap bertolak ansur antara pemandu bas dan pemandu lain. Tidak berlaku perkara yang tidak di ngini berlaku. Kami yang berada di dalam kijang rasa begitu tenang. Tak sama semasa kami ke Medan. Masyarakat di sini lebih kurang sama dengan Malaysia yang gelojoh. Pemandunya pelancung kami juga begitu kasar.

Kali ini alhamdulillah. kami mendapat pemandu bas yang begitu tenang membawa kijang. Jalan yang sempit dan berbengkang bengkok begitu senang di lalui sepanjang menuju ke Pantai Air manis. Akhirnya kami sampai di Pantai Air manis. Tidak sabar aku ingin melhat kisah lagenda

Apa yang aku lihat di depan mataku ialah kapal yang pecah telah menjadi batu. Tong, tali dan ada seperti kain buruk turut menjadi batu

Aku tidak melepaskan peluang merakan gambar dan video. Sudah lama aku kepingin ke sini. Jadi aku sudah bersedia segala kelengkapan





Terasa badan begitu letih. Dari pagi lagi kami bertolak. Untuk hari yang pertama inilah tempat yang telah dibawa oleh bapak Hendri. Hari mulai gelap dan kami akan berangkat ke Hotel Kharisma Padang untuk sesi rehat. Hari kedua kami di beritahu ketua rombongan iaitu shoping kain baju dan lain-lain lagi

.

Nasi Ulam

Bila pulang kerumah aku cerita akan kisah yang terjadi terhadap diriku kepada isteriku.
" Nah tau tak. Tadi abang ke bank Islam. Seorang pegawai tegur abang. Dia kata abang tak berubah semenjak bertemu tahun 2012. Tetap maintain slim. Betoi ka ". Isteriku tertawa mendengar kisah aku.
" Ala...mungkin pegawai tu lupa pakai cermin mata. Sebab tu dia tak nampak dengan terang ". Aku juga turut tertawa. Pagi ini aku ke pasar. Entah macam mana resepi berbuka telah berubah. Aku nak cari ulaman untuk nasi ulam. Aku beli pucuk janggus, pucuk putat, pucuk cekur, pegaga, daun kesum, daun kadok, serai dan bunga kantan. Sudah terbayang rupa nasi ulam. Gaul pula dengan ikan tenggi masin


Pulang kerumah aku hulur kepada isteriku. Tersenyum dia menerima barang yang aku beli
" Abang beli daun apa ni ". Tanya isteriku
" Abang beli ulam. Ingat nak buat nasi ulam ". Tertawa isteriku. Aku kehairanan
" Pasai apa Nah gelak ". Tanya aku kehairanan

" Amboi...mentang-mentang la pegawai bank tegur kata maintain slim tak berubah dan hari ni abang nak makan nasi ulam ". Aku turut tertawa. Tak sangka dia pandai. Tapi aku....Sakitnya Tu Di Sini. Tak apalah. Dia hana bergurau saja....

Friday, June 19, 2015

Moga Allah Pelihara Dia

Hari ini telah memasuki 2 ramadhan. Sahabat baikku Ismail bin Othman masih lagi terlantar koma. Sudah setahun lebih dia tidak sedarkan diri setelah di serang stroke. Aku tidak putus- putus berdoa ke hadrat Allah swt agar sahabatku sembuh semula. Inilah sahabat yang banyak membantu aku ketika Allah memberiku ujian. Isteriku sakit tenat dan memerlukan jagaan dan rawatan yang rapi. Aku telah kehabisan cuti. Rakan- rakanku yang lain telah berpakat untuk menolongku dengan cara bekerja untuk aku dan aku harus menggantikannya balik setelah kesemuanya selesai.

Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Isteriku pergi buat selama- lamanya. Setelah selesai semua aku bertemu rakan- rakanku untuk mengganti kembali kerja aku yang telah mereka buat. Tapi mereka sebulat suara menghalalkannya. Aku begitu terhutang budi dengan mereka. Kini sahabatku pula menerima ujian yang berat. Aku hanya mampu berdoa di bulan yang mulia ini moga sahabatku pulih seperti sediakala. Kembalikan ia kepangkuan keluarganya. Kepada pembaca sekelian yang membaca kisah ini aku bermohon semoga tidak dilupakan sahabatku ini dalam doa kalian. Hanya ini yang mampu kita tolong dia.

Thursday, June 18, 2015

Sakitnya Tu Disini

Aku kerumah ibu mertuaku untuk mengambil daun pisang. Isteriku nak bakar ikan talapia
" Mak...saya nak ambik daun pisang sikit ". Kataku kepada ibu mertuaku
" Ambik la. Nak masak apa ". Tanya ibu mertuaku
" Rosnah nak bakar ikan talapia ". Tertawa ibu mertuaku. Tiba2 aku lihat buat setiai ( setoi ) berkuningan.
" Ya Allah mak. Dah kuning buah setiai ni. Tengok buah setiai dan moktan ( rambutan ) hijau pun dah teringin. Ibu mertuaku tertawa
" Tu puasa napsu. Semua teringin ". Aduhh....sakitnya tu disini. Lain kali tak berani dah aku. Hehe....Selamat berpuasa semua kepada pembaca sekelian

Thursday, May 14, 2015

Pincuk Cermai

Aku masih ingat ketika menziarahi anakku di rumah ibu mertuanya. Aku melihat buah cermai masih muda lagi.
" Kakak masih ingat masa kita di kampung. Pokok cermai jiran yang banyak buah. Kita akan buat pincuk ". Aku beritahu anakku yang masih lagi ngat ketika kecil berada di kampong. Kini kampongku telah hilang dek kerana pembanggunan


Baru-baru ni anakku balik Penang dan membawa buah cermai yang dah masak. Aku seperti orang mengandung terus mengambil sambal belacan yang sedia ada dalam peti sejuk. Aku tumbuk buah cermai sehingga separuh lumat. Aku masukkan sambal belacan. sewdikit lagi belacan serbuk. Aku masukkan kicap dan gula dan gaul rata.


Bila siap dan rasa. Masyaallah. Emak mertua lalu bawah meja pun tak nampak. Mungkin pembaca yang membaca kisah ini akan teringat semasa waktu kecil atau dewasa di kampong. Memang kampong merupakan tempat yang paling nikmat dan seronok untuk di diami. Baru-baru aku ke rumah bisanku yang berada di kampong dan aku dapat merasai ketenangan suasana kampong yang tidak terdapat di kawasan bandar

Saturday, May 09, 2015

Jus Belimbing Asam Boi

Aku terfikir juga. Aku pernah minum jus kedondong asam boi. Epal asam boi tapi belum lagi rasa belimbing asam boi. Aku beritahu isteriku yang aku nak ke rumah ibu mertuaku untuk mengambil buah belimbing. Kebetulan ada 2 pokok yang di tanam.


Bila sampai aku terus beritahu ibu mertuaku tentang niatku itu
" Budiman nak buat apa dengan belimbing ". Tanya ibu mertuaku
" Nak buat jus mak ". Kataku ringkas
" Rajinnya Budiman ". Puji ibu mertuaku. Aku tersenyum. Memang aku rajin kalau tidak mana mungkin anaknya jatuh cinta padaku selepas kahwin. Kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin


Pulang kerumah aku potong dan buang mana-mana yang tak elok. Isteriku tersenyum melihat kerajinan suaminya. Siap di potong halus terus aku masukkan kedalam blender dan blend. Aku tapis untuk membuang bahan sisa.


Aku letakkan 4 biji asam boi kedalam jus tadi. Kemudian aku masukkan kedalam peti sejuk. Sudah terbayang keenakkan jus belimbing asam boi.

Bila dikeluarkan dari peti sejuk terus aku rasa. Cukup sedap. isteriku sendiri memuji kesedapoan jus belimbing asam boi. Tak perlu ambil yang masak. yang hijau pun boleh sebab akan dimasukkan asam boi. Pembaca yang mempunyai pokok asam belimbing di rumah, cubalah buat jus ini. memang tak merugikan. Percayalah....

Friday, May 08, 2015

Takut Bini

Aku singgah di gerai buah kepunyaan rakanku. Melhat tembikai merah sudah cukup membuat aku tergoda. Aku megambil buah yang telah di potong lalu ku hulurkan kepada isterinya. Isterinya lalu menimbang
" RM3.30 ". Katanya. Terus dia jalan mengambil plstik yang terletak jauh sedikit darinya. Datang pula suaminya.
" Boss. Nak beli apa ". Tanya rakan aku
" Beli buah tembikai ni ". Aku menunjuk buah tembikai yang terdapat di atas alat penimbang
" Ok bos RM3.30. Bagi 3 rial sudah ". Kata rakanku. Isterinya datang membawa plastik
" RM3.30 ". Tegas isteri rakanku. Rakanku mengenyit kepadaku. Aku cukup mengerti lalu menghulur wang sebanyak RM3.30 kepada isterinya. Aku terus keluar
" Boss...datang lagi ". Sambil melambai tangan kepadaku.


Ketika aku memasukkan buah kedalam raga motorsikal datang seorang lelaki
"Dia ni takut bini ". Kata lelaki tersebut yangkebetulan berada dekat dengan aku semasa didalam gerai tadi. Terus aku menoleh kearahnya
" Itu bukan takut bini. Dia tolak ansur dengan bini dia. Ada masanya kita kena buat macam tu. Takkan kerana 30 sen suami isteri nak bertekak dalam gerai depan customer ". Aku berkata dan lelaki tersebut diam.
" Betoi kata-kata abang ". Kata lelaki tersebut.
 Dalam keluarga kena ada salah seorang yang cool. Kalau kedua-duanya suka melenting alamat rumah tangga porak peranda.

Wednesday, May 06, 2015

Hubungan Sesama Manusia

Hujan mulai reda. Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 1 petang. Perut sudah berbunyi. Aku beritahu rakan setugasku untuk membeli nasi. Bila sampai aku melihat sudah tidak banyak makanan yang tinggal. Maklumla pekerja kilang keluar makan jam 12 tengahari. Aku hanya mengambil ikan belah belakang dan sambal. Ketika sedang enak memilih yang lain aku di tegur oleh seorang lelaki.
" Kenal tak orang bernama ....... ". Aku kenal sangat dengan orang yang di sebut
" Saya lama tak nampak dia ". Aku berkata
" Tak boleh pakai punya orang. Time nak pinjam duit gigi jadi lembut dari gusi. Bila dah ada duit tak tau nak bayar balik ". Katanya lelaki dan aku menjangkakan itulah tauke kedai.

" Tak minta balik ka duit yang di pinjam ". Aku bertanya
" Minta maaf. Saya bukan jenis yang suka minta-minta. Dia minta cara elok dia kena bayar pun cara elok ". Kata tauke kedai tersebut
" Saya dah pesan dekat abang jangan senang-senang bagi pinjam. Kami pun bukan senang sangat ". Kata isteri tauke.
" Saya sedih bila tengok dia menangis, merayu kata duit perbelanjaan tak ada. Saya pun bagi bila dia kata nak bayar balik dalam masa terdekat bila ada duit. Tapi bila ada duit duit tengok muka saya boleh cabut lari ". Kata lelaki tersebut.
" Dia ingat dia boleh lepas ka kalau berhutang dengan manusia. Jawab la dengan Allah ". Kata lelaki tadi.

Aku terdiam dan teringat ketika mendengar kuliah. Kata Ustaz, kalau kita berdosa dengan Allah kita boleh memohon keampunan dengan bertaubat nasuha dan bersungguh-sungguh meninggalkannya.Berdosa dengan manusia kita kena memohon ampun dan maaf darinya. Sama juga dalam bab hutang. Kita harus membayar kembali melainkan orang yang memberi hutang itu menghalalkannya. Aku tidak marah terhadap lelaki tersebut. Betapa susahnya dia mencari nafkah. Dalam kesempitan yang dia alami sanggup pula dia menolong kawannya. Sama juga dengan keluarga aku. Tidak siapa yang boleh marah bila kami tidak memaafkan orang yang telah membunuh isteriku. Betapa peritnya kami menanggung derita.

Semua ini hanya Allah yang dapat membalasnya.Dalam bab hutang ini aku teringat juga ketika mendengar kuliah tentang orang yang suka menunda membayar hutang bagi yang mampu. Rasulullah telah memberi ancaman kepada orang berniat buruk ketika berhutang
Sabda Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Bukhari..." Barangsiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, niscaya Allah akan membayar baginya. Barangsiapa yang mengambilnya dengan niat hendak melenyapkannya, Niscaya Allah akan menghancurkannya ".
Jadi fikir-fikirkanlah ancaman Rasulullah ini. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk melunas kembali hutang kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...