Sebenarnya aku tidak mahu lagi berbicara tentang apa yang terjadi terhadap isteriku. Sudah 2 tahun peristiwa itu berlalu. Semakin aku kenang semakin parah aku dibuatnya. Soal membalas balik perbuatan mereka yang melakukan sihir terhadap isteriku bukan kuasa aku untuk melakukannya. Ya..pernah suatu ketika aku berperasaan begitu. Apakah aku tidak layak untuk mengecapi kebahgiaan rumahtangga. Persoalan demi persoalan timbul dalam kotak hatiku. Mengapa aku...mengapa aku. Ada juga saranan kawan-kawan agar aku berjumpa bomoh pakar yang dapat membalas kembali kejahatan yang mereka lakukan. Namun aku juga cukup bersyukur bila ada juga kawan-kawan berkata janganlah aku menjadi seperti mereka. Aku pernah bertanya kepada seorang ustaz tentang bagaimana hendak menangani mereka yang melakukan sihir. Kata ustaz itu kita boleh pulangkan kembali sihirnya tetapi jangan ditambah dengan benda yang baru. Akhirnya aku mengambil keputusan hanya memulangkan kembali sihir itu disamping berdoa agar Allah menyelamatkan kami semua dari fitnah dan hasad dengki manusia. Aku masih tidak dapat melupakan wajah-wajah kesakitan isteriku. " Bang badan Siti sakit sangat. Abang tolong bacakan ayat-ayat quran ". Setelah kuhembuskan kebadannya barulah kelihatan lega sedikit. Namun semua itu tidak kekal lama. Mereka menambah kekuatan sihir dengan mencucuk jarum ke patung. Betapa derita sakitnya isteriku. Aku sendiri tidak sanggup melihat penderitaannya. Allah berkata, " Wama karu Wama karallah. Wallah Hu Khoirul Ma Kirin - Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik ". Itulah kami. Kami merancang untuk kehidupan kami demi mencapai rumahtangga yang diidamkan. Namun apakan daya Allah lebih mengetahui. Betapa pedih hati ini ingin menuntut bela diatas kematian isteri tersayang. Agamalah yang telah memisahkan niat untuk membalas dendam. Betapa deritanya hati ini bila anak-anak merayu, " Ayah tolong bagitau siapa yang buat mak macam tu. Mak tak pernah buat jahat dekat orang. Tak kan kerana hendakkan jawatan sehingga sanggup buat mak macam tu ". Aku hanya mampu memeluk anak aku sambil menangis. Mahu saja aku berdoa kepada Allah agar Allah turut mengambil nyawa aku juga. Tidak sanggup aku berpisah dengan Siti Aishah. Pernah aku katakan hasrat hati ini kepada rakan-rakan arwah. Menangis mereka. Kata mereka aku masih mempunyai 2 orang cahaya mata yang memerlukan kasih sayang aku. Siang dan malam asyik terbayang wajah mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya hanya doa dari kami sekeluarga kepada Allah agar menghukum mereka yang telah memisahkan kasih sayang ini. Mahasuci Allah, dengan sekelip mata sahaja Allah membalas kembali kejahatan tersebut. Orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu kini sedang merana. Namun hidup kami perlu diteruskan. Mungkin Allah telah mengatur perancangan lain untuk kami. Kini aku sudah pun beristeri dan syukur kepada Allah sebab doaku agar Allah memberi isteri yang mempunyai perwatakan seperti Siti Aishah dimakbulkan. Kini disebabkan doa itu juga setiap perkataan dan cara masakan akan mengingatkan aku kepada Siti Aishah. Terima kasih juga kepada anak-anak aku yang merestui aku mencari pengganti walaupun dalam masa yang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Aku sudah bertekad jangan ada sesiapa yang melukai anak-anak aku. Aku bersyukur kepada Allah dengan ujian ini walaupun amat berat aku memikulnya. |
Teman-teman
Wednesday, August 18, 2010
You don`t want to have some revenge
Aku mendapat email dari youtube dimana seorang pembaca telah memberi komen terhadap video Salam Terakhir yang telah aku upload ke youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=xeItWMzT6-4 ). Berikut aku siarkan komen tersebut. " hermantika you don't want to have some revenge to person who made your wife and life suffer ?. Do it..release your anger, let your anger heal the pain...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
syabas ...!!! AB, d atas ketaatan dan kesabaran serta ujian dr ALLAH swt.
Anonymous...Allah mengetahui segala-galanya.
assalamualaikum pak budi.
terharu baca kisah pak budi. setiap orang memang ada ujian masing-masing. semakin berat, insya Allah semakin tabah jadinya..moga Allah memberi kebaikan kpd pak budi sekeluarga.
Terima kasih abgreds kerana sudi singgah. Begitulah manusia tidak dapat dipisahkan dengan dugaan. Dugaan mematangkan kita
Post a Comment