Teman-teman

Thursday, April 11, 2013

Kembali Berniaga

Sudah hampir 5 bulan isteriku tidak berniaga nasi tomato di pasar malam. Kadang-kadang bila sudah berpakat nak mulakan perniagaan ada saja masalah yang membantutkan niat kami. Bila berjumpa ramai yang bertanya isteriku samada dia hendak menjual tapak pasar malam tersebut. Akhirnya aku memujuk isteriku agar Sabtu ini dia berniaga. Aku berjanji akan membantunya walaupun aku bertugas pagi.


Aku cuma khuatir tapak yang begitu penting kepada mereka yang ingin berniaga akan hilang begitu saja jika diberikan kepada orang lain. Tapak itu merupakan warisan hasil dari ibunya yang berniaga nasi tomato dulu. Kini isteriku menjadi penyambung warisan itu. Ramai orang akan bertanya jika isteriku tidak berniaga.


Hari ini kami ke Mydin mencari barangan untuk perniagaan pada hari sabtu ini. Nampak bersungguh-sungguh isteriku. Mungkin semangatnya datang kembali. Aku juga tahu dia tidak mahu menyusahkan aku yang keletihan setelah pulang dari kerja dan terus membantunya di pasar malam.. Siapa lagi kalau bukan aku yang membantunya.

4 comments:

Thirah said...

suami mithali..teringin nak merasa nasi tomato isteri en ariff..insyaallah jika berpeluang nt.:)

Bearcat said...

Sedap nasi tomato maknjang ni. Selalu order untuk majlis makan-makan di ofis :)

Ariff Budiman said...

Thirah...Nanti kalau ada masa datang la rumah kami.

Ariff Budiman said...

Bearcat...Betul. Memang sedap sesedapnya. Siapa nak puji lagi no

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...