Pernah Pasar ini ditayangkan di dalam berita tv1. Ini disebabkan aduan yang mengatakan pasar ini mengganggu lalu lintas. Semenjak itu semakin terkenal pasar ini. Ramai dikalangan peniaga pasar malam dan pasaraya datang memborong disni.
Memang jauh lebih murah harganya dari shoping kompleks. Kata isteriku blaus yang dibelinya di shoping kompleks setelah tawar menawar akhirnya dapatlah RM45. Kalau disini blaus yang sama berharga RM25.
Aku sempat bertanya peniaga adakah semua peniaga yang berniaga merupakan orang Kemboja. Katanya ramai yang datang dari KL. Habis berniaga terus mereka pulang ke KL. Orang Kemboja tak ramai katanya.Orang tempatan kebanyakkannya menjual makanan dan minuman.
Hari Isnin tidak ramai yang berniaga walaupun masih lagi meriah. Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nanti oleh peniaga. Banyak peniaga yang datang berniaga. Patutla semasa aku datang pada hari Isnin masih ada lagi tapak yang kosong. Hari Jumaat tapak telah diisi.
Boleh dikatakan kebanyakkan peniaga menyewa tapak berniaga dengan tuan punya tanah. Ada yang berniaga dibawah rumah, tepi rumah. Ada yang menyewa sebiji rumah. Kata seorang penjual, tuan tanah disini memang buat duit. Mereka tidak mungkin yang membuat aduan mengatakan mengganggu lalu lintas katanya.
Entah kemana pula isteri dan anaknya menghilang. Tak apalah. Mereka dengan perniagaan mereka. Aku seronok begini. Sekejap kehulu. Sekejap kehilir. Peniaga hanya tersenyum bila aku mengambil gambar gerai mereka.
Ada peniaga yang bertanya aku dari wartawan mana. Aku tersenyum. Aku beritahu yang aku seorang blogger.
" Bagus bagus. Encik tolong promote perniagaan kami ". Kata salah seorang dari mereka.
Ada pula seorang peniaga lelaki buat macam muka harimau bila aku mengambil gambar gerainya.
" Awak ambil gambar saya. Berapa awak nak bagi dekat saya ". Katanya dengan muka yang garang.
" Saya tak bagi apa. Encik boleh berniaga pun dah bersyukur ". Selamba saja aku berkata. Ya lah. Dia orang buat kerja dia orang dan aku dengan kerja aku.
" Betul betul betul ". Kata peniaga tadi sambil meneruskan kerjanya. Mungkin dia bergurau dan aku juga pandai bergurau.
Ketawa isteriku bila aku cerita kepadanya. Rasa-rasa sudah 3 beg besar telah dimasukkan kedalam bonet kereta. Kebanyakkannya tudung. Memang murah dan cantik-cantik tudung disni. Patutlah golongan wanita yang paling banyak kesini.
Isteriku berkata yang dia melihat satu blaus yang begitu cantik. Katanya mahal. Harganya RM40. Aku terus mengajaknya ketempat yang menjual blaus.
" Belilah. Abang belanja ". Kataku sambil tersenyum memandang isteriku. Isteriku hanya mendiamkan diri.
" Mahal la bang RM40. Abang kerap sangat beli pada Nah ". Katanya
" Ya la. Memang menjadi tanggung jawab seorang suami la menyediakan pakaian kepada isteri ". Aku berkata kepada isteriku. Aku tahu dia malu nak menerima pemberianku
Akhirnya balus yang dia berkenan agak kecil. Agak sendat dengan tubuhnya. Kata penjual minggu hadapan ada yang size besar sedikit.
" Minggu depan insyaallah kita mai lagi ". Aku berkata kepada isteriku.
Aku begitu teruja melihat air sirap yang dijual di teepi jalan. Sempat juga membasahi tekak yang begitu haus dek cuaca panas. Tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya
" Bagi air cincau 1 bang ".
Aku meninjau gerai buah bersebelahan gerai air sirap. Tapi tak ada yang menarik minat aku untuk membeli.
Aku tertarik dengan ketam nipah. Masih fresh lagi ketam. Ada dua longgok. Masa aku tiba satu longgok telah diambil seorang pemuda. Setiap longgok berharga RM15. Kira murah la berbanding Penang. Dalam aku nak bertanya ketam lagi satu longgok datang seorang pakcik terus mengambil dan membayar wang. Melopong aku. Hanya gambar yang aku dapat.
Aku sempat meninjau seorang lelaki cina yang menjual iakan laga-laga. Orang Penang menyebut ikan Pelaga. Masa aku remaja aku begitu gemar menagkap ikan laga ini di sawah padi. Penuh balang di rumah aku dengan ikan lagi. Akhirnya aku surrender dan berehat di dalam kereta. Jam 10 pagi kami bertolak pulang ke Penang.
Sebelum pulang sempat juga aku berhenti bila terpandang juz kegemaranku. Last sekali aku setiap jus sebungkus. Geleng kepala isteriku melihat aku membeli juz yang begitu banyak. Itulah aku yang memeriahkan lagi Pasar Kemboja.
22 comments:
Pasar ni dekat rumah ibubapa saya kat PB, saya pun tak tau ada pasar ni, lepas baca entry En Ariff yg dulu tentang pasar kemboja ni baru saya tau,terima kasih atas info ni...bila2 kalau saya balik kg harap2 terserempak dgn En Arif suami isteri..
Nor Shamilah...Insyaallah. kalau ada rezeki dapatlah berjumpa dengan kami suami isteri di sana
mmg seronok membeli belah di sana. murah. kalau beli bnyk mcm org jual, mmg murah sgt. saya selalu nmpk penjual pasar mlm kat area seberang jaya ni pergi ambik barang di sana. tuan punya kedai wahab di sini pun ambil baju di situ jugak. raya tahun lps, saya beli baju dah siap di kiosk tesco rm230, seminggu kemudian saya lihat di pasar ni, yg serupa, hanya rm120 shj....
sayangnya, saya kena tunggu isnin @jumaat cuti, baru boleh pergi...
en. ariff, kawasan tu adalah permatang tok mahat.
Radziah AR........Ya ka nama dia permatang Tok Mahat. Yang saya tau Parit Buntar saja. Terima kasih di atas info ini
Tq..info yg baik...
saya merupakan pnduduk di tmn harapan yg sgt2 brdekatan dgn pasar kemboja.mgkin tuan tanah tidak merasakan yg pasar kemboja ini mengganggu lalu lintas.tp sy merasakan kewujudan pasar kemboja ini sgt2 mengganggu kami sbg pnduduk di sini kerana nmpknya pasar ini telah merebak sehinnga ke dlm taman kami.dlm kwsan taman kami juga trdapat kwsan sekolah. dgn adanya pasar kemboja, laluan taman mnjadi sesak, ibu bapa mnghadapi kesukaran menghantar n mengambil anak dr sekolah, bunyi bising rakaman suara peniaga(mengganggu kuliah muslimat di surau pd setiap pg isnin n jumaat ), kotoran smpah yg ditinggalkan setelah tamat pasar n plbagai lg masalah lain..malah adik sy sendiri pernah terlibat dgn kemalangan gara2 pasar kmboja yg sibuk ini.in short, psar ini sgttidak sesuai diadakan di kawasan perumahan n kawasan sekolah.
"diberi betis, nak paha.."
Inilah perumpamaan dan dilema penduduk Taman Harapan mengenai isu Pasar Kemboja, Permatang Tok Mahat.
Sangat tidak sesuai kawasan perumahan dan sekolah di jadikan seolah-olah tapak ekspo.
Sangat sedih seperti mengemis di negara sendiri apabila di suarakan kepada pihak berwajib dan atasan.
Walaupun ada isu keselamatan seperti kemalangan tetapi di pandang sepi dan pihak lain seolah-olah sangat rakus mencari untung.
Bukan tidak diberi alternatif lain, tetapi segala usul perbincangan ditolak mentah-mentah.
Adakah duit mengatasi segala-gala??
saya org kemboja.. sepupu2..abang dan sedara mara ramai yang meniaga kat sana. kalau nak beli blaus cantek2..terus je ke tempat blaus yang bertentang dengan restoran sha-sha corner tu. banyak blaus, maxi, seluar dan skirt fesyen2 terkini...hehe. saja nak promote gerai abang saya..huhu.
Aisyaa....Terima kasih kerana sudi komen. Macam ama arwah isteri saya
en budiman... Aisyaa tu adalah gabungan nama arwah ibu dan ayah saya.. Aisyah dan Yaakub.
Aisyaa......Terima kasih sekali lagi di atas info tentang nama. Semoga Aisyaa mendapat rahmat dari Allah
Amin Ya Rob. Semoga arwah isteri en budiman juga dicucuri rahmat. Terima kasih en budiman. Al-Fatihah untuk arwah.
Aishaa...Sama-sama & take care
thanks.....info yang menarik..........saya n kawan teruja nak ke sana...
Rasanya sempena Ramadhan dan Aidilfitri tahun 2013 ni Pasar ni di buka setiap hari mulai 22hb jun hingga mlm raya....
Rasanya sempena Ramadhan dan Aidilfitri tahun 2013 ni Pasar ni di buka setiap hari mulai 22hb jun hingga mlm raya....
Sesiapa yg dah set dlm Gps, tlg bg kordinit atau POE yg mudah cari pasar tu . Utk kemudahan bersama .tq
esok buka x pasar ni?
W/pun duk selama dah 2 thn lebih.. baru tau ader pasar nih.. x sabar nk g saner....
Sekarang Pasar Kamboja hanya dibuka hari SABTU. Pagi hingga pukul 2 pm.
Sekali datang ke Pasar Kemboja .. memang akan datang lagi. Pelancong asing pun pernah datang sini ... :) saya pernah tunjukkan arah ..
www.hasrulhassan.com
Assalamualaikum wbt
Kami menjemput tuan2 dan puan2 untuk datang ke tapak Pasar Kemboja Kg Kedah.
Hari : Sabtu.
Masa : 7am - 12pm
Lokasi : Kg Kedah
Bagi yg ingin ke Pasar Kemboja Ptg Tok Mahat,hanya 50 meter sahaja dari tapak ini (blh jalan ikut Taman Kerian Permai)
Blh mai parking disini PERCUMA !!! (tp kena masuk dari jalan besar Kg Kedah).
Bagi yg nak menjana pendapatan sampingan, sedang mencari tapak niaga, blh datang ke tapak kami......selagi ada kekosongan.....Promosi bln NOV : tapak PERCUMA !!!
Post a Comment