Teman-teman

Wednesday, April 03, 2013

Rehlah Keluarga - Langkawi Day 2 Bird Park

Dari cable car kami meneruskan perjalanan menuju ke bird park. Kami singgah di pantai yang berdekatan untuk mengambil angin. kelihatan begitu banyak kapal mewah berlabuh di pantai ini. Setelah mengambil gambar beberapa keping untuk kenangan kami menuju pula ke telaga air hangat.


Disebabkan bukan musim cuti persekolahan, keadaan disni terlalu lengang. Penjual hanya berbual kosong. Banyak gerai yang di tutup. Bila musim cuti sekolah agaknya barulah meriah tempat ini.


Keadaan cuaca yang panas terik dan di persekitaran telaga air hangat yang panas membuatkan kami tidak lama disini. Tidak ada yang menarik. Kami hanya mengambil beberap keping gambar sebagai bahan bukti yang kami sudah sampai disini.


Destinasi kami seterusnya yang menjadi impian anak-anakku ialah bird park. Masing-masing tidak sabar nak bermain dengan burung. Harga tiket dikenakan sebanyak RM15 seorang jika ditunjukkan kad pengenalan.


Rasa seronok dan tenang bila melihat berbagai jenis burung. Sungguh cantik burung kakak tua. Aku seperti biasalah. Jurugambar yang syok sendiri


Melihat pula burung bangau yang begitu besar dan cantik. Ramai juga pelancung luar yang mengambil gambar


Itik jenis ini boleh didapati semasa berada di kampong. Memang lupa nama itik ini. Ada setengah mengatakan yang ianya itik serati


Kami memasuki taman burung pula. Anak-anakku begitu teruja bila melihat burung begitu banyak. Cepat-cepat mereka membeli makanan burung lalu diletakkan diatas tapak tangan. Maka datanglah burung lalu hinggap dan makan diatas tapak tangan.


Begitu jinak burung disini. Kami memang agak lama berada didalam bird park. Masing-masing enjoy berada didalam taman.


Ini mialah ayam serati. Masa tinggal dikampung banyak juga jiran-jiran membela ayam ini. Dagingnya begitu sedap sekali. Warna daging ayam serati ialah warna hitam.
\

Anak lelakiku sempat juga memberi makan burung unta. Tapi jika ia datang berdekatan memang berbau busuk. memang besar sungguh burung unta ni.


Burung merak tetap seperti dulu. Bila melihat orang pasti akan ditunjuknya ekor yang cantik mengembang. masih mengekal kesombongannya.


Anak-anakku masih lagi enjoy memberi makan burung. Entah sudah berapa RM mereka habiskan untuk memberi makan burung. Akhirnya setelah berada didalam selama 2 jam kami keluar untuk menuju ketempat yang lain pula. Masing-masing melahirkan rasa puas berada didalam bird park.

1 comment:

pB said...

dah lama tak ke Langkawi...

insyaallah , masuk dalam perancangan hujung tahun ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...