Teman-teman

Saturday, May 09, 2015

Jus Belimbing Asam Boi

Aku terfikir juga. Aku pernah minum jus kedondong asam boi. Epal asam boi tapi belum lagi rasa belimbing asam boi. Aku beritahu isteriku yang aku nak ke rumah ibu mertuaku untuk mengambil buah belimbing. Kebetulan ada 2 pokok yang di tanam.


Bila sampai aku terus beritahu ibu mertuaku tentang niatku itu
" Budiman nak buat apa dengan belimbing ". Tanya ibu mertuaku
" Nak buat jus mak ". Kataku ringkas
" Rajinnya Budiman ". Puji ibu mertuaku. Aku tersenyum. Memang aku rajin kalau tidak mana mungkin anaknya jatuh cinta padaku selepas kahwin. Kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin


Pulang kerumah aku potong dan buang mana-mana yang tak elok. Isteriku tersenyum melihat kerajinan suaminya. Siap di potong halus terus aku masukkan kedalam blender dan blend. Aku tapis untuk membuang bahan sisa.


Aku letakkan 4 biji asam boi kedalam jus tadi. Kemudian aku masukkan kedalam peti sejuk. Sudah terbayang keenakkan jus belimbing asam boi.

Bila dikeluarkan dari peti sejuk terus aku rasa. Cukup sedap. isteriku sendiri memuji kesedapoan jus belimbing asam boi. Tak perlu ambil yang masak. yang hijau pun boleh sebab akan dimasukkan asam boi. Pembaca yang mempunyai pokok asam belimbing di rumah, cubalah buat jus ini. memang tak merugikan. Percayalah....

4 comments:

pB said...

Terliur nyaaaaaa

Ariff Budiman said...

pB...Cuba la buat

insan marhaen said...

saya la ni ntah kenapa dah malas nak renyah renyah memproses. beli kat kedi jer..

tapi biasa ler... kualiti bisnes!

Ariff Budiman said...

insan marhein....Saya alhamdulillah. masih lagi boleh merenyah2. Kita buat sendiri terasa cukup puas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...