" Bang kita sembelihlah burung puyuh ni. Nak tunggu bertelor tak dapat-dapat juga ". Isteri aku dah merungut sebab aku tak nak sembelih lagi burung puyuh. Sudah 4 ekor telah dingap oleh kucing liar ketika aku leka memberi makan burung. Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat bahawa burung puyuh yang aku bela itu kesemuanya adalah jantan berdasarkan cerita cina yang aku beli burung tempuh hari. Kalau anak burung puyuh betina dijual sebanyak Rm1.50 seekor manakala anak burung jantan dijual dengan harga RM0.80 dan akan jatuh sehingga RM0.50. Aku beli anak burung puyuh dengan harga RM0,80 seekor. Jadi sahlah burung jantan.
" kalau nak sembelih Nah kena pegang ni ". Kataku kepada isteri. " Eeee tak mau geli ". Sambil mengangkat-ngangkat bahu. " kalau isteri tak pegang macam mana nak sembelih ". Sengaja aku provokasi sikit. " Dulu masa abang sembelih ayam sapa pegang ". Soalan cepu mas ni. Bisik hati kecilku. " Siapa lagi Aishah lah yang pegang ". Sambil tersenyum aku mengerling kearahnya. Terus dicapainya tudung dan meluru keluar. Ni kes tak mau mengalah ni.
Terus aku menangkap burung dan aku serah kepadanya. Ketika pisau hampir keleher burung, tiba-tiba burung berbunyi. Apalagi terkejut isteriku terus melempar burung. Aku tertawa gelihati sehingga terduduk diatas tanah. Jiran sebelah rumah ada yang terjenguk-jenguk apa hal mereka berdua ni. " Bang Nah lepas burung. Macam mana ni ". Panik isteriku. Akhirnya Kami mengejar burung puyuh. Dalam kesibukan mengejar, ada sepasang mata sedang mengintai kami. Tiba-tiba meluru seekor kucing terus menggigit seeokr burung yang keluar dari sangkar. Menjerit pula isteriku melihat kucing sedang menggungong burung. Nak jadikan cerita, kucing putih yang diberi makan setiap hari terus mengejar kucing tadi. Maka berlakulah pergelutan. Akhirnya burung puyuh mengalami luka kecil saja. Terus aku sembelih takut mati pula.
Sebagai penghargaan aku berikan kucing putih 5 ketul hotdog mentah. Betapa sedap ia makan sambil diperhati oleh kucing pelahap tadi. Setelah kesemua 20 ekor burung puyuh disembelih bermulalah pula untuk melapah. Ini terpaksa aku lakukan seorang diri memandangkan isteriku sudah terasa geli melihat dada burung. Sekejap saja aku melapah burung. ketika aku berehat aku mengenangkan kembali insiden tadi. Ia begitu mirip waktu pertama kali arwah isteriku memegang ayam sabung untuk disembelih. ketika pisau menyentuh leher ayam terus ayam sabung menendang tangan Siti Aishah. Apalagi terkejut isteriku terus melepaskan ayam tersebut. kami mengejar ayam namun dia begitu tangkas menyelinap masuk kedalam hutan. Akhirnya aku tidak dapat merasai kalazatan ayam kampung. Bukan senang nak tangkap.
Dari jauh isteriku melihat aku tersenyum-senyum seeorang diri. " Ni dok senyum seorang diri ni dok ingat apa ". Teguran isteriku membuatkan lamunanku terhenti. " Abang dok ingat kisah tadi. Tu yang dok senyum seorang diri ". Tersenyum juga isteriku bila mendengar kata-kataku. Mungkin dia juga mengenangkan kembali kisah tadi. Berdosakah aku berbohong kepadanya sedangkan lamunanku terkenangkan memori lain. Namun dua memori indah ini tidak dapat aku buang begitu saja. Cukup indah untuk dikenangkan.
6 comments:
bohong sunat, tak pa...
cuma jangan buat terlampau kerap. nanti jadi siakap senohong gelama ikan duri....
Alhamdulillah IM. Bila baca pantun IM, Saya terkenangkan zaman sekolah dulu waktu berbalas pantun antara kelas. Bila time balas saya ubah sikit pantun ni. Siakap senohong. Gelama ikan duri. Bercakap bohong lama kelamaan tambah isteri. Terbeliak mata guru tak sangka jawapan pantun ini.
hehe lucu la encik arif.. haha
Nak buat macam mana. Dia keluar secara spontan
Dulu pun bela.. sekali sekala lepaskan jugak kat halaman rumah.. tapi satu hari tu tertinggal sekejap jer.. tak sampai sejam.. dah kene lauk ngan kucing liar..
terus dari hari tu aku benci giler nagn kucing hahahaa.. :D
Dulu pun bela.. sekali sekala lepaskan jugak kat halaman rumah.. tapi satu hari tu tertinggal sekejap jer.. tak sampai sejam.. dah kene lauk ngan kucing liar..
terus dari hari tu aku benci giler nagn kucing hahahaa.. :D
Post a Comment