Rumah rehat yang di sewa tuan rumah di Kajang
Rumah rehat di Kajang telah disewa oleh kakak iparku begitu selesa. Banyak kemudahan disediakan. Tingkat atas mempunyai 4 bilik manakala dibawah ada satu bilik. Aku lebih selesa tidur dibawah berlapikkan 2 tilam dan dua biji bantal. Ia berdekatan dengan dapur. Senang aku nak buat kerja. Sebelum sampai aku dah beli maggi incase ada emergency. Semasa kami sampai dirumah pengantin, kami telah dijamu dengan nasi. Aku diberitahu yang ayam berada didepanku ialah ayam masak tempoyak. Dengar saja nama tempoyak aku dah tak ada selera. Tapi takut tuan rumah jauh hati aku makan bersama sambal belacan dan ikan kering. " Budiman tak makan ayam masak tempoyak ke ". Tegur tuan rumah. " Alhamdulillah makan dengan sambal belacan dan ikan kering pun dah menyelerakan ". Tersenyum tuan rumah mendengar kata-kataku.
Isteriku yang berada di tingkat atas turun kebawah. " Bang macam mana tidur sorang dibawah ". Gurau isteriku. " No problem. Semalam abang masak maggi. Minum jus yang begitu banyak didalam peti sejuk ". Terlopong isteriku mendengar cerita aku. Dia sendiri pun tak menyangka bila masa aku beli maggi. Akibat tak dapat melelapkan mata itulah kerja aku sambil melayani internet membaca email tentang rakan-rakanku dari Aqsa Syarif yang berada di London berkonvoi beramai-ramai ke Gaza. Sempat aku berdoa kepada Allah agar Allah memudahkan perjalanan mulia mereka. Jam 11 pagi kami semua bersiap untuk kedewan makan. Aku sekeluarga tidak bercadang untuk tinggal semalam lagi. Sebelum kenduri selesai aku perlu pulang ke Penang. Aku kena standby akibat kabakaran kabel di Jambatan Pulau Pinang.
Isteriku yang berada di tingkat atas turun kebawah. " Bang macam mana tidur sorang dibawah ". Gurau isteriku. " No problem. Semalam abang masak maggi. Minum jus yang begitu banyak didalam peti sejuk ". Terlopong isteriku mendengar cerita aku. Dia sendiri pun tak menyangka bila masa aku beli maggi. Akibat tak dapat melelapkan mata itulah kerja aku sambil melayani internet membaca email tentang rakan-rakanku dari Aqsa Syarif yang berada di London berkonvoi beramai-ramai ke Gaza. Sempat aku berdoa kepada Allah agar Allah memudahkan perjalanan mulia mereka. Jam 11 pagi kami semua bersiap untuk kedewan makan. Aku sekeluarga tidak bercadang untuk tinggal semalam lagi. Sebelum kenduri selesai aku perlu pulang ke Penang. Aku kena standby akibat kabakaran kabel di Jambatan Pulau Pinang.
Setelah memasuki dewan makan keadaan masih lagi sunyi. Tetamu belum lagi datang. Aku mengajak abang iparku agar mengambil gambar bersama isteri diatas pelamin. " Hang jangan dok merepek Budiman. Dah tua-tua nak bersanding apa. Buat malu dekat orang saja ". Aku tertawa mendengar kata-kata dari abang ipar. Aku menuju kearah isteriku. " Nah jom kita ambil gambar berdua diatas pelamin. Kita tak ada pun gambar macam ini semasa kahwin ". Sengaja aku bergurau dengan isteri sebab aku tahu dia begitu malu berbuat demikian. Sebelum ini pun pernah aku ajak tetapi jawapan yang keluar, " Ahhh malu la bang ". Tapi kali ini lain. Dia akur pula dengan permintaan aku. Sambil berjalan menaiki stage aku berkata dengan kuat kepada ipar-iparku yang tadinya malu-malu nak bergambar. " Kami berdua nak ambil gambar atas pelamin Siapa yang nak join ". Melihat aku dan isteriku sudah berada diatas pelamin maka kelam kabutlah isteri mereka mengajak suami-suami bergambar bersama diatas pelamin.
Perasaan malu tadi sudah hilang dan kini riuh dengan suara gelak ketawa diatas pentas. Para isteri begitu seronok sebab inilah pertama kalinya suami mereka mahu bergambar bersama-sama diatas pelamin. kali ini begitu susah pula para suami menuruni pelamin. Dah semakin semangat. Masing-masing berkata, " Rasa seronok pula bila dah duduk diatas pelamin ni. rasa-rasa boleh lagi ni ". Riuh rendah diatas pelamin bila para suami sudah mukla merasai kehangatan berada diatas pelamin sehingga tidak sedar tetamu sudah tiba. Semasa aku bersama isteri diatas pelamin begitu ramai sanak saudara yang snap gambar. Rasa macam baru kahwin pula.
Diluar dewan bau satay begitu wangi. Dewan telah disewa bersebelahan dengan komplek satay Hj Samuri yang terkenal di Kajang. Di Penang pun sudah ada satay Kajang Hj Samuri. Tapi bila berada di Kajang aku rasa tak sah kalau tak menziarahi komplek satay ni. Dari semalam aku kempunan lagi. Kata mereka komplek ini dibuka jam 7 petang. " Tak pa Nah kita makan satay di R & R Sungai Buloh bila pulang nanti ". Jam 3 petang kami terpaksa beredar sebab entah pukul berapa kami akan sampai di Penang. Lagipun aku bukannya pandai sangat jalan pulang ke Penang. " Budiman ikut highway Kuala Lumpur dan cari signboard Ipoh ". Abang iparku memberi petua. Mereka semua masih ingin bermalam sebab akan meronda di KL pada hari Ahad. Jadi kami terpaksa pulang bersendirian.
Kami singgah di masjid kajang untuk menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar. Aku berdoa kepada Allah agar Allah memelihara kami semasa pulang ke Penang. Aku memasuki kereta sambil membaca doa menaiki kenderaan diaminkan oleh isteri dan anak-anak. Aku terus memasuki highway Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat melihat signboard ipoh. Aku terus mengikut lorong Ipoh. ketika memasuki jalan besar sudah hilang signboard Ipoh. " Ya Allah Nah jalan mana kita nak masuk ni ". Yang terulis sebelah kiri ialah ke Cheras manakala sebelah kanan pula Puchong - kajang - KLIA. Aku dah mula pening terus aku ambil kanan. Aku memasuki plaza tol Kinrara dan mula terasa yang aku sudah tersilap jalan pulang.
Sambil tertawa aku berkata kepada isteri yang sudah nampak risaunya. Sebenarnya aku pun risau juga tapi dengan cara ketawalah aku lakukan untuk hilangkan sterss aku. " Nah nampak gayanya kita kena masuk kajang balik. Ni sebab abang tak dapat satay la ni ". Tetawa gelihati isteri dan anak-anakku. Akhirnya aku memasuki kembali jalan ke kuala Lumpur mencari kembali signboard Ipoh. Akhirnya sepanjang perjalanan aku melihat signboard ipoh dan aku hanya mengikut lorong itu saja. Akhirnya aku keluar melalui tol Rawang. " Tak ada rezeki Nah kita nak makan satay. Tak jumpa R & R Sungai Buloh ". Sayu aku berkata kepada isteriku. " Tak apa bang kita makan satay Ahh Basri lagi sedap. Walaupun secucuk RM1 tapi puas memakannya ". Betul kata isteriku itu. Disepanjang perjalanan tidak putus-putus isteriku bertanya., " Bang dekat mana yang abang cerita banyak benda tu tepi jalan ". Akhirnya aku memperlahankan kenderaan sambil beritahu tempat ini dan tempat itu. Tapi nak buat macam mana Allah tidak mengizin dia melihat. Di dalam hutan sebelum sampai Sungai perak merupakan tempatnya. ' Nah tu dia pocong sedang melompat dalam hutan getah. Didepan pula dok terbang. Disebelah kanan didepan ada lembaga macam nak terjun kearah kereta. Tu yang terdengar kadang-kadang pemandu terkejut tiba-tiba berlanggar dengan lembaga ". Aku terus beritahu tempat-tempat favourite mereka. Terdiam isteriku. " Semua pakai putih ka bang ". Tanya lagi dia. " Ya. Ada yang putih tapi berdarah. Tak payah la cerita Nah tengah dok bawa kereta ditempat begini ". Aku berkata demikian sebab entah kenapa tiba-tiba saja radio yang aku matikan ON dengan sendirinya. Akhirnya aku terus memasang cd al-Quran.
Kami sampai di R & R Sungai Perak untuk menunaikan solat jamak Maghrib - Isyak. Aku berjumpa dengan rakan-rakanku yang baru pulang dari KL. "Ya Allah kami baru sebut nama Budiman tadi dalam kereta ". Kata seorang rakan. Tiba-tiba keluar pula lagi seorang. Bila melihat aku terus dia terkejut. " La baru tadi kami dok sebut nama anta ni ". Katanya. Hai sampai 3 orang sebut nama aku ni apa cerita pula ni. Aku ingin bertanya lebih lanjut apa halnya tapi kami menunaikan solat dahulu. Setelah selesai solat, masing-masing keluar untuk mencari makan jadi kes ini tergantung. lega rasanya bila dapat menunaikan kewajipan. Sebelum pulang aku sempat singgah digerai orang asli yang menjual barangan kraf hutan. Akhirnya aku mendapat juga barang yang aku amat hajati iaitu kayu semambu yang dijual setelah tawar menawar aku dapat dengan harga RM10. " Abang nak buat apa dengan tongkat semambu tu ". tanya isteriku. " Saja nak letak dalam kereta. Malah tau kalau ada apa-apa yang datang berguna juga tongkat tu ". kata aku kepada isteri. Hanya dalam hati saja yang tahu betapa berguna aku dengan tongkat itu. Alhamduliilah kami sampai dirumah jam 10 malam.
5 comments:
pasangan retro...
IM - He He. Teringin bebenor yob
SALAM,
KE KAJANG RUPANYA ! TAK JAUH DARI TEMPAT TINGGAL LF DI BANDAR BARU BANGI. LAIN KALI BERITAHU BILA NAK KE MARI
LF..Ya ka. Insyaallah lain kali akan saya beritahu. Boleh juga kita bertemu dan makan satay kajang
En. Budiman,
saya berminat nak pergi ke kedai kraf orang asli tu. Boleh tak En. Budiman tolong share kat mana kedai tu? Saya akan ke USM bulan Disember.
shahrizat
Post a Comment