Teman-teman

Thursday, September 30, 2010

Berpeluh Dibuatnya

Hari ini aku bertugas petang. Isteriku jam 7 pagi sudah keluar dari rumah untuk berniaga. Aku turut menurutinya walaupun ditegah. Isteriku menyuruh aku tidur dahulu sebab semalam aku pulang agak lewat iaitu jam 3 pagi. Memanglah mata terasa masih lagi letih tetapi bila tinggal keseorangan dirumah aku begitu sunyi sebab selalunya bila aku pulang tidak kira waktu isteriku pasti ada dirumah. Akhirnya dia mengalah juga bila aku terus bertegas mengikutinya. Sebelum sampai kegerai aku pasti makan nasi lemak dulu kemudian terus kegerai.

Dari jauh aku lihat orang dah ramai memesan roti canai. Aku masuk kedalam gerai dan duduk seperti selalu. Tiba-tiba isteriku nampak kelam kabut. " Bang-bang. Abang tolong layan mat saleh nak mai makan. Abang pandai cakap orang putih ". Kembang lagi hidung bila dipuji. 2 orang mat saleh suami isteri menghampiri gerai isteriku. " Good morning. Can i help you sir ". Entah betul atau tidak aku pronoun english sebab aku pun main bedal saja. isteriku tersenyum disebelah. Mungkin dalam hatinya memuji aku, " Pandaila abang aku cakap orang putih ". Cepat-cepat aku sedar bila aku dilanda terperasan begini. Bila aku cakap orang putih mat saleh cuma berkata, " yeah yeah ".

Sambil tersenyum dia mencari sesuatu. ' OK bagi saya roti canai 2 keping dan roti nain ( roti nan ) 2 keping. Saya duduk disana ". Bahasa melayunya amat fasih walaupun masih dengan idgham mat saleh. Aku mengerling kearah isteriku. Dia menahan ketawa sambil menutup muka. Malunya aku nak letak muka dimana ni. Selepas menghantar roti yang dipesan aku mengajak isteri masuk kedalam kereta. kami tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan lucu. Puas kami ketawa didalam kereta sebab tiada siapa yang dengar. Bila keluar dari kereta kedua belah mata kami kemerahan akibat ketawa sehingga ditegur gerai sebelah. Mungkin mereka menyangka ada perselisihan faham dalam kereta tadi sehingga mata kami merah. Kepada pembaca sekelian betulkan kalau english aku silap. Sila perbetulkan. Manalah tahu ada mat saleh yang betul-betul cakap inggeris janji aku dah bersiap sedia.

2 comments:

Syahazli said...

betul tak betul tak penting sangat....yang penting maksud kita tu sampai.

Ariff Budiman said...

Terima kasih syahazli. Kira orait la tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...