Teman-teman

Wednesday, September 01, 2010

Lain Kali Jangan suka Marah

Aku ke masjid berhampiran untuk membayar zakat fitrah pada tahun ini. Nanti takut sibuk dengan urusan lain terlupa pula nak membayar zakat. Setibanya aku di masjid kelihatan beberapa anak-anak remaja sedang menyusun kerusi. Ada yang ke bazar ramadhan mencari kuih untuk berbuka. Sejuk hati aku melihat anak-anak remaja mahu menghidupkan ramadhan. Aku memasuki ruang masjid lalu memberi salam kepada amil dan beberapa orang disekitarnya. Sambil bersalaman tetapi mata dan mulut asyik kearah remaja. Macam mana nak timbulkan silaturrahim sesama islam bila bersalaman tetapi mata kearah lain. Macamlah yang masuk kedalam masjid ini makhluk asing. " Nak buat program tak bagi tau langsung dekat ajk masjid. Kelam kabut la nak sedia untuk buka puasa ". Rungut si amil kepadaku mengenai anak remaja. Aku diamkan saja sebab tujuanku kemasjid kerana urusan zakat.

Tangan siamil menulis tetapi matanya masih kearah sekumpulan anak remaja. Mulut tak habis-habis mengomel. Rimas aku mendengar. " Encik duduk dimana ". Tiba-tiba siamil bertanya aku. Terkejut aku dari khayalan tentang perangai pakcik amil tu. " Aaaa....belakang rumah Pak Leh ". Aku sendiri terlupa aku tinggal dimana. " Tinggal di Sungai Nibung la ". kata si amil. Aku mengangguk sambil tersenyum. Sambil menulis si amil tak putus-putus mengutuk anak remaja didepan aku. Akhirnya aku terpaksa bersuara, " Jangan dimarah anak remaja pakcik. Kita kena syukur depa mau menghidupkan ramadhan. Mungkin ada kesilapan teknikal. Tu yang jadi macam tu. Sat lagi pakcik pergi cari ketua depa. Tanya ketua. Kalau betul depa tak bagitau ajk masjid kita nasihat elok-elok... Begini caranya kalau nak buat program di masjid. Takut bila dimarahi anak remaja depa tak mau buat dah program dan membuang masa kita yang patut dipersalahkan kerana tidak mahu membantu ".

Lama juga aku bercakap. Entah pakcik amil itu suka atau tidak nasiblah. Dia ikut selera dia saja nak kutuk. " Baca ". Pendek saja percakapan pakcik amil. " Baca apa pakcik ". Tanya aku. " Tu lafaz zakat dibawah ". Dengar macam nada marah sikit. Melihat ke tulisan didalam resit membuatkan mata aku yang sepet ini terpaksa dibuka luas-luas. Namun masih lagi tidak dapat membacanya. Akhirnya aku menggunakan ingatan semasa menolong rakanku mengendali urusan zakat fitrah disurauku. Walaupun tersangkut-sangkut sambil mengingati kembali ayat-ayatnya namun berjaya juga. Yang tidak sedap ialah perangai pakcik amil yang tidak langsung memandang aku. Asyik ke anak remaja. Mungkin perasaan marah masih menguasai pakcik amil.

Setelah selesai aku lafaz zakat barulah pakcik amil berkata, " Dah habis lafaz ". Aku diamkan saja dan mungkin dia faham. kemudian dia pula menjawab, " Aku terima apa dia entah...". Tiba-tiba pakcik amil terus diam. Tergagap-gapap pakcik amil membetulkan kesilapannya dan akhirnya berjaya juga membetul kesilapan. Selesai urusan dengan aku pakcik amil terus bangun hendak menuju kearah anak remaja tetapi terus menerima tetamu yang ingin membayar zakat membuatkan langkahnya terhenti. Sebab itulah dia terlupa. Hatinya penuh dengan perasaan marah sehinggakan tugasnya turut terganggu. Semoga kita menjadi orang dewasa yang dapat memainkan peranan demi menjadikan anak-anak islam kita tidak berpaling dari landasan islam yang sebenar.

3 comments:

Guru said...

itulah... perangai manusia, macam2
kalau remaja tak datang ke masjid, marah, dah datang pun kena marah jugakkan...

md zabri said...

setuju jangan diherdik remaja remaja yang datang berbuka puasa di masjid,
terimalah mereka,
kalau mereka lewat atau bising pun, tegurlah dengan baik,

kesian bila tengok remaja yang berpuasa datang berkobar kobar nak buka puasa di masjid, tapi sampai sahaja di masjid diherdik dan macam macam lagi,

hati orang nak berbuka puasa ni sensitif..

Ariff Budiman said...

a kl citizen..Itulah kalau pegang jawatan tapi tak tahu nak mainkan peranan.

md zabri...Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk terus membantu anak-anak remaja. Terima kasih diatas komen ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...