Teman-teman

Sunday, September 05, 2010

Layakkah Kita untuk Berhari Raya

" Bang hari ini abang nak bawa bekal apa ketempat kerja ". Soalan isteriku membuat aku termenung seketika memikirkan apa juadah yang hendak aku bawa petang ini ketempat kerja. Akhirnya setelah lama berfikir akhirnya aku meminta agar isteriku hanya meletakkan nasi dalam tupperware manakala lauknya akan aku beli semasa dalam perjalanan ketempat kerja. Banyak kedai mamak dibuka diawal pagi lagi.

Apabila tiba masanya aku menghidupkan injin motosikal. Rasa selesa ketempat kerja menggunakan motosikal. kalau jam tak teruk sangat. Motosikal boleh melalui dicelah-celah kereta. Kalau dengan kereta alamat akan menyumpah seramah dengan tarffic jam. Aku berhenti dikedai mamak yang selalu aku beli makanan.. " Abang mau makan ke bungkus ". Tanya pekerja restoran dari bangladesh. " Mana boleh makan siang hari. Ini bulan puasa. Mesti bungkus la ". Kataku. " Tapi banyak orang melayu makan bulan puasa ".
" Itu melayu tarak agama punya. kalau dia islam dia tak makan bulan puasa ". Sambil bercakap aku menunjuk kearah gulai ikan sembilang. Cukuplah hanya sebungkus. Nanti membazir pula.

Didepanku sebuah kereta Perdana V6 memberhentikan keretanya. Keluar seorang lelaki segak dengan berpakaian baju kemeja dan bertalir leher. " Encik mahu makan ke bungkus ". Tanya lagi pekerja bangladesh. " Makan ". Ringkas jawab lelaki tadi tanpa ada perasaan malu padaku. Mungkin dia pun ingat aku sepertinya membeli nasi bungkus untuk makan menyorok didalam hutan sedangkan dia seorang lelaki gentleman barani makan dikhalayak ramai tanpa ada perasaan takut kepada Allah. Ditunjukknya lauk lalu pergi kemeja. Tangannya menekan nombor.

" Assalamulaikum Non. Aku dan isteri nak jemput hang sekeluarga kerumah terbuka kami pada hari raya pertama ni ". Aku mendengar sambil dalam hati tak sedar aku mengutuk lelaki itu. Layakkah kita untuk bersuka ria pada hari raya sedangkan kita telah melanggar perintahnya. Allah memberi kita sedikit kegembiraan dengan hari raya setelah selama sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga demi mentaati perintah Allah. Mungkin isterinya yang berada dirumah menjangkakan suaminya berpuasa penuh sedangkan kegiatan suaminya diluar tidak diketahui oleh siisteri.

Aku melihat banyak spesis lelaki seperti ini. Mereka merupakan orang yang terlalu over bila menjelang atau tibanya hari raya. Malamnya mereka akan riuh dengan barbeque sempena esok hari raya. Masjid dan surau berkumandang takbir tetapi mereka dengan lagu-lagu yang hingar bingar menenggelamkan suara takbir yang memuji Allah. Keseronokan itu berlarutan sehingga pagi dan akhirnya tertidur sehingga meninggalkan sembahyang sunat Aidil Fitri. layakkah kita untuk berhari raya

2 comments:

hentian said...

Samada layak atau tidak, Ramadhan tetap berlalu. Raya tetap di rai.

Isihati itu Allah sahaja yang mengetahui.

hentian said...

eh, teringat pula lagu Renungan Pagi Syawal - NadaMurni yang pernah kita nyanyi bersama dengan Muhajjir dulu.

Apa khabar vokalis kita tu?

p/s: nak dengar lagu tu boleh singgah blog IM. tekan butang pilih hingga jumpa lagu tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...