Teman-teman

Thursday, September 02, 2010

Nak Kunci Mulut Pensyarah

Aku tertawa gelihati apabila menerima panggilan dari anak gadisku. " Ayah...ada tak ayat yang boleh kunci mulut pensyarah. Esok kakak nak buat presentation. Pensyarah ni suka melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya ". Hasil dari maklum balas rakan anakku, komen pensyarah mereka amat pedas. Ikut sedap mulut nak mengeluarkan perkataan. Kata rakan anakku dia perlu bersedia dari awal lagi untuk berhadapan dengan pensyarah.

Komen aku yang pertama ialah dan aku pernah berhadapan dengan makhkluk seperti ini dan inilah petua yang aku gunakan.
  • Jangan takut bila berhadapan dengan manusia ataupun makhluk halus. Mereka semua makhluk Allah. Mereka juga hendak belajar tetapi dengan cara mereka sendiri.
  • Sebelum mula presentation bacalah Rabbish rahli Sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli. Inilah ayat yang selalu ustaz gunakan sebagai muqaddimah ceramah mereka. Ayat yang meminta agar Allah melancarkan perkataan kita
  • Waktu malamnya bacalah Al-Mathurat yang merupakan himpunan wirid Rasulullah. Bayangkan muka pensyarah dan mohon kepada Allah agar Allah melembutkan hati mereka
  • Semasa dalam kereta banyakkan berzikir sebab dengan banyak berzikir hati kita akan menjadi tenang. Bila hati menjadi tenang, Allah akan membuka minda fikiran dan melancarkan segala perbuatan kita
  • Akhir sekali apabila memasuki dewan presentation bacalah ayat 9 dari surah yasin lalu dihembuskan perlahan-lahan. Insyaallah dengan keyakinan dan ketenangan kita Allah akan membantu.
  • Kesemua tip yang ayah beri insyaallah berkesan dengan syarat kita sudah berusaha mengumpul maklumat untuk presentation. kalau tak berusaha sia-sialah saja tip yang ayah berikan. Yang selebihnya Allah akan membantu
kesemua perkara yang aku berikan tip kepada anakku telah aku gunakan sewaktu berurusan dengan manusia. Khusyuk dan semangat sungguh anakku mendengar tips dari ayahnya. berkali-kali aku berpesan padanya jangan takut pada manusia dan makhluk lain dan aku tahu dia juga seperti aku tidak pernah takut kepada mereka. Buktinya telah aku lihat sendiri apa yang berlaku kepada anakku selama ini. Sedikit sebanyak dia mewarisi sikap aku. Semoga anakku berjaya didalam presentation hari ini. Apa yang aku tulis tip ini untuk kegunaan mereka yang bergelar pelajar. Tak payah la mencari ilmu sonsang untuk menundukkan orang lain. Cukuplah Allah sebagai pelindung kita. Tip yang aku beri ini bukanlah hebat sangat cuma inilah cara ketika aku berhadapan dengan sesiapa saja. Syaratnya ialah yakin akan kekuasaan Allah..Selamat berjaya.....

Aku pernah beberapa kali membuat presentation dan inilah yang kerap aku lakukan. Alhamdulillah banyak membantu dan setiap kali apabila ada persembahan untuk kumpulan pastinya aku dilantik untuk bercakap didepan bos-bos dan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah berjaya aku mengawal perasaan aku.

3 comments:

scr said...

fuh !!! mcm taw2 ja... minggu depan kinah ada case presentation untuk klinik.memg serabut habis ar kepala otak ni...hehe.tq pakjang sebab share...

kapten said...

abg diman thanks..boleh amal masa nak present nanti..heheh

Ariff Budiman said...

scr & kapten...Alhamdulillah laku juga no ilmu ni. Semoga berjaya kalian berdua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...