Teman-teman

Wednesday, September 15, 2010

Ramadhan Bulan Tarbiah

Setelah berhari raya, aku baru teringat masih ada lagi bil yang belum dijelaskan. Nasib baik wangnya telah aku simpan. Kalau tidak jenuh juga aku nak memikir dimana hendak mencari wang untuk membayar bil. Dalam kelam kabut aku menghidupkan injin motosikal datang posmen menghulurkan bil tambahan. Alamak astro pula kena bayar. ' Bang jangan lupa buat repot tentang kebocoran paip air ". Pesan isteriku. Aku terus ke PBA ( Pihak berkuasa Air ) Pulau Pinang. Keadaan masih lagi lengang jadi senang sikit. Ambil saja nombor dan terus dipanggil. Setelah membayar segala bil aku terus membuat repot tentang kebocoran paip air. Aku memberi alamat rumah berpandukan bil elektrik. " Encik alamat ini saya tak dapat trace ". kata petugas PBA. " Cuba taip nombor rumah, mana tahu boleh trace ". Aku memberi pandangan dan petugas PBA terus menaip alamat rumah namun masih lagi tidak dapat dikesan.

" Encik boleh tak talipon isteri encik dan minta nombor akaunnya ". Kata petugas PBA dengan senyuman. " Aku terus menghubungi isteriku didepan petugas. kata isteriku memang ada bil tapi kena cari dimana letaknya. " Cik, kata isteri saya dia kena cari dulu bil tersebut sebab baru saja mengemas untuk hari raya. Macam inilah cik. Esok saya datang pula bersama bil ". Aku berkata demikian sebab tidak mahu petugas menunggu bil yang entah dimana letaknya.

" Tak apa saya tunggu isteri encik mencari bil. Kalau sebulan saya boleh bersabar kenapa ini sekejap saya tak boleh tunggu ". kata-kata petugas PBA amat menyejukkan hati aku. Inilah orang yang berjaya mengharungi dugaan dibulan ramadhan dan akhirnya layak mendapat rahmat Allah. Tidak bagi sesetengah orang lain setelah melangkah keluar dari ramadhan, akhirnya hanya mendapat 2 sijil iaitu sijil lapar dan dahaga. Akhirnya jumpa juga isteriku dengan bil air. Alhamdulillah semuanya selesai dengan sekejap saja. Memang ramadhan merupakan bulan tarbiah untuk umat manusia.

3 comments:

hentian said...

IM dah beberapa bulan tak perlu bayar bil air. Kredit masih banyak. Tak tahulah siapa yang bagi dulu...

hentian said...
This comment has been removed by the author.
hrusli61 said...

Jiman jangan lupa semak bil elektrik juga walaupun kerja di TNB.

Semoga dikau dan keluarga diberkati, diampuni dan diberi kebebasan api neraka. Agar dipertingkatkan ketaqwaan oleh Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...