Teman-teman

Monday, October 14, 2013

Bila Bertemu

Ahad - Aku mendapat arahan dari ketuaku untuk standby. Katanya bos nak turun dan beberapa orang pegawai dari KL akan turun juga untuk menyaksikan satu kerja yang lama terbengkalai. Hujan lebat turun tidak henti-henti. Macam mana lebat sekali pun aku tetap menggunakan motosikal menyusuri jambatan. Aku tahu akan kesesakan yang pasti berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang. Bila tiba sudah ada yang menunggu. Nasib baik bukan bos. Bos datang lalu bersalaman. Ramai juga jurutera baru dari KL turun ke penang.

Aku terkejut melihat seorang rakan baikku. Sudah hampir berbelas tahun kami tidak bertemu. Badannya sudah kurus dan memakai ketayap. Sudah berubah benar penampilannya. Kalau dulu dirinya kelihatan comot dan pernah menjadi bualan kawan-kawan dia kuat minum minuman haram. Sebab itu badannya nampak berlainan. Hujan masih lebat di luar. Kerja masih tidak dapat dilakukan dalam keadaan hujan sebab bahaya. Bos membuat ucapan pembukaan. Selepas itu kami hanya berbual mengikut topik masing-masing.
" Ehhh...engkau dah kurus K....Cerita ler sikit macam mana kau kuruskan badan ". Kata bos kepada rakanku. Tertawa kecil rakanku. Mukanya nampak berseri kali ini
" Tak ada diet apa bos. Macam ni. isteri saya disahkan mengalami kerosakan hati. Jadi doktor telah membuat keputusan untuk membuang hati. Setelah hati isteri saya di buang dia tidak boleh makan makanan yang berminyak langsung Jadi bermula saat itu saya terpaksa mengikut stail pemakanan isteri saja dengan hanya makan sayur-sayuran. Sudah 10 tahun isterinya begitu. Sebab tu badan saya macam ni ". Nampak air matanya berlinangan.

Rakanku seorang suami yang baik. Bisik hati kecilku. Tabah menghadapi dugaan dari Allah. Payah dapat suami yang sanggup menahan sabar ketika menjamu selera bersama isterinya.
" Di sebab isteri saya, banyak perubahan berlaku pada diri saya bos ". Kata rakanku. Bos hanya terdiam sebab dia tidak tahu apa yang berlaku kepada rakanku 10 tahun yang lalu.
" Isteri saya kena santau angin bos sewaktu kami makan di Gerik. Sudah beberapa belas ribu yang kami habiskan untuk merawat isteri saya. Akhirnya di sebabkan santau, hati isteri saya mengalami kerosakan. Tapi tak apa. Walaupun hatinya telah tiada janji kami dapat bersama ". Aku mengalir airmata mendengarnya. Sekurang-kurang isterinya terselamat. Isteriku pula di sebabkan santau telah menhancurkan segala organ dalamannya. Itulah santau tuju. Ia di tujukan khas kepadanya.

Aku hanya mendiamkan diriku. Aku berharap jangan ada di antara rakan-rakanku bertanya akan kisahku. Tak sanggup aku mengenangkan tragedi hitam yang berlaku terhadap isteriku. Aku menyeka airmataku dan bos melihat.
" Rip...Kau menangis dengar cerita K....". Kata bos bergurau. Aku tersenyum tapi fikiranku jauh melayang mengenangkan isteriku. Aku gagal membantu isteriku. Rakanku telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merawat isterinya. Bertuah isterinya punyai seorang suami seperti rakanku. Aku bangun dan terus keluar lalu masuk kedalam tandas. Aku menangis menangis dan menangis.
" Maafkan abang Siti. Abang gagal menjadi seorang suami yang sepatutnya menjaga Siti. Abang minta maaf....... ". Huhuhuhu.....

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Setiap kejadian itu ada hikmahnya, InsyaAllah...

Ariff Budiman said...

Kakcik....Betul kata-kata ini..

insan marhaen said...

Muga roh beliau di rahmati Allah. Kita akan menyusul, jangan bimbang!

Ariff Budiman said...

Insan marhein.....Insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...