Teman-teman

Wednesday, October 02, 2013

Kalori Oh Kalori

Semalaman isteriku demam. Aku bertanya tengahari dia nak makan apa. Boleh la aku masak setakat yang aku pandai. " Abang buat nasi goreng dah la ". kata isteriku. Senang kalau macam tu. Baru-baru ni aku buat sambal tumis udang. Bakinya aku buat nasi goreng. Isteriku rasa katanya sedap. Jam 7 pagi aku keluar kepasar mencari bahan-bahan untuk membuat sambal tumis udang dan nasi goreng


Sebelum aku kedapur, aku kena bersenam dulu. Teringat akan pesan doktor baru-baru ini macam mana nak turunkan berat badan. Doktor tanya apa yang aku makan waktu pagi. Aku cakap tosai. Katanya ok. Katanya lagi nasi perlu diambil hanya sekali sahaja sehari. Waktu malamnya aku kena makan oat atau roti gandum atau buah epal. Doktor sarankan agar aku perbanyakkan makan sayur bersama nasi.
" Bersenam amat penting dan ia banyak menurunkan berat badan en Ariff. En Arif tak perlu berlari. Cukup sekadar berjalan-jalan saja ". 
Apalagi di rumah aku pun sudah ada treadmill jadi aku dapat menggunakannya samada hujan atau tidak. Hari ini aku berjalan serta berlari anak sejauh 2.6km selama 37 minit seperti tertera di gambar. Aku telah membakar kalori sebanyak 142. Walaupun ianya kurang tepat tapi alhamdulillah berpeluh juga anggota badanku.


Setelah aku bersihkan diri barulah aku masuk kedapur. Aku mula dengan membuat sambal tumis udang. Wangi baunya udang yang telah di tumis. Sengaja aku masukkan lebihan minyak. Apa yang aku belajar dari arwah ayahku ialah lebihan minyak tu akan digunakan untuk membuat nasi goreng. Memang sedap nasi goreng yang menggunakan lebihan minyak sambal tumis. Dalam keluarga aku hanya aku yang tahu cara membuatnya. Aku suka makan sambal tumis udang. Bila teringin aku akan minta ayah tolong buat. Lama kelamaan ayah kata padaku kalau nak makan tolong sediakan apa yang perlu untuknya. Akhirnya ayah menyuruh aku buat sendiri sambal tumis dan resepi diajarnya kepadaku. Bila siap ayah akan komen sehingga berpuas hati. Dapatlah juga aku resepi sambal tumis udang jawa.

Setelah aku berkahwin resepi ini aku perturunkan kepada isteriku. Kalau dia masak makanan yang aku tidak gemar sudah pasti dia akan buat sambal tumis ini untuk aku. Sudah cukup ini dengan aku. Setelah isteriku Siti Aishah meninggal, aku berkahwin lain. Juga aku perturunkan ilmu ini kepada isteriku. Hari ini memandangkan isteriku demam, aku mengambil alih sebagai Mr Papa.


Setelah siap sambal tumis, aku asingkan minyaknya. Aku tumis bawang dan masukkan nasi putih. Fuhh....begitu wangi sekali baunya. Aku hias dengan daun bawang serta cili merah. Tujuanku ialah untuk menaikkan nafsu makan isteriku. Bila demam makan pun tak lalu.


Aku beli pula ikan belanak. Memang sedap kalau dimakan panas-panas. Tambahan waktu hujan. Ibuku dulu begitu kerap beli ikan belanak. Aku paling suka ikan yang kecil-kecil sebab bila ia digoreng amat rangup sekali. Isteriku makan dengan perlahan-lahan. Tak banyak nasi yang di ambilnya. Aku tidak jauh hati. Aku tahu dia demam. Janji dia makan untuk menambah tenaganya. Bila badannya terasa segar sedikit barulah katanya nak kedapur. Seharian dia tak kedapur. Asyik tidur saja katanya. Aku sudah bersihkan dapur. Aku jenis orang yang tak suka dapur semak. Kalau aku nampak semak pasti aku akan mengemaskannya. Awal-awal isteriku tidak benarkan aku membasuh pinggan. Biar dia yang buat.
" Bukan abang tak pernah buat ini semua. Kita buat seorang sedikit ". kataku pada isteriku. Akhirnya dia mengalah. Semasa aku hidup bersama arwah Siti Aishah selepas masak pasti isteriku bersuara.
" Banggg......Abang baikkan. Boleh tak tolong Siti basuh pinggan mangkuk ". Lembut kata-katanya. Aku tahu sebab dia akan menjahit pula pakaian yang telah di tempah. Itulah pendapatan sampingan kami. Isteriku banyak membantuku untuk perbelanjaan anak-anak.

Isteriku Rosnah datang padaku setelah melihat dapur. Tersenyum dia walaupun demam.
" Terima kasih bang kerana tolong masak dan kemaskan dapur ". Sudah cukup bagiku akan ucapan terima kasih ". Hilang rasa keletihan setelah bersenam tadi. Jadi siapa yang nak kuruskan badan, semoga tips-tips yang diberi oleh doktor dapat membantu.

Aku menulis bukan kerna nama. Aku menulis bukan untuk di puji. Aku menulis sebab aku suka menulis. Kalau siapa sudi membaca terima kasih aku ucapkan. kalau tak sudi banyak blog yang lebih baik dari blog ini. Terima kasih kepada yang banyak menyokong aku bermula pada tahun 2008 lagi sewaktu aku di duga oleh Allah. Semoga Allah berkali kalian semua.

2 comments:

insan marhaen said...

No komen. Senyum simpul saja.

Siapa mengalami... dia lebih mengetahui!

Ariff Budiman said...

Insan marhein......Udah komen pun. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...