Teman-teman

Saturday, October 12, 2013

Di Mulakan Dengan Bismillah

Aku, isteri serta anak gadisku awal pagi telah bertolak ke gudang perkahwinan A - Z. Ia merupakan tempat perniagaan untuk barangan perkahwinan. Semuanya ada di situ. Bila masuk saja mata bagaikan juling bila melihat bermacam-macam jenis cenderamata dan berbagai jenis barang untuk majlis perkahwinan. Akhirnya kami membeli beg yang akan diberikan kepada tetamu. Aku mengajak isteri serta anak gadisku ke Mydin Penang untuk mencari barangan tambahan. Selesai membelinya anak gadisku mengajak kami makan roti Naan Tandoori. Naan Tandoori merupakan kesukaan kami sekeluarga.


Di sini kelihatan begitu banyak makhluk yang meriah dengan makanan. Dengan perut yang buncit. Ada yang berbulu dada mengurut perut akibat kekenyangan. Tak apalah itu di meja dari keluarga india. Tiba-tiba sebuah kereta tergesa-gesa parkir keretanya di tempat parkir motor tanpa memperdulikan tempat itu. Terus dia membuat pesanan. Keluar kedua orang tuanya. Orang islam rupanya. Si ibu dan ayah memilih meja di sebelah kami. Aku hanya memerhati tetapi perhatianku adalah kepada satu makhluk seperti menanti sesuatu.


Datang si anak membawa makanan. Si ayah mengambil dan dengan muka yang ceria hendak memasukkan roti kedalam mulutnya. Cepat-cepat makhluk itu memuntah makanan yang di makan di sebelah. Geli aku melihat. Aku cerita pada isteri dan anak gadisku. Isteriku menyuruh aku memandang ke arah lain.
" Sama saja kemana abang pandang. Abang kena pandang siling kalau macam itu ". Isteriku tersenyum mendengar kata-kataku. Pembaca boleh melihat wajah makhluk seperti gambar ini. Dia yang makan dahulu sebelum kita andaikata kita tidak membaca Bismillah....

Kita boleh amal sebelum membaca Bismillah kita membaca doa makan terlebih dahulu. Didiklah anak-anak kita dengan membaca Bismillah sebelum makan. Ingatkan mereka dengan kalimah agung ini. Kalau setiap hari kita amalkan amalan ini insyaallah akan menjadi kebiasaan kita membaca doa dahulu sebelum kita makan. Bukan kita hendak menunjuk-nunjuk kepada orang tetapi kita harus tahu itu merupakan ajaran islam. Tentu ada sebabnya dan sebabnya ialah ini. Tanpa membaca Bismillah ada makhluk yang akan kencing dan muntah di atas makanan kita. Sebab itu ada di kalangan kita yang terasa amat mengantuk serta letih selepas makan. Kita tidak bermaya selepas makan. Sebabnya kita lupa akan kalimah agung ini. Bermula pada hari ini marilah kita ubah cara hidup kita seperti lirik lagu nasyid dari kumpulan Raihan
Di mulakan dengan Bismillah
Di sudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Moga kita di rahmati Allah.

Selamat beramal



10 comments:

Unknown said...

As salam wbt En Arif,

Geli lak saya baca...terbayang2 kat mata ni... Alhamdullillah ada juga org seperti En Arif yg dikurniakan kelebihan oleh Allah swt. sekurang-kurangnya boleh berkongsi cerita...

Sy mmg ajar anak saya makan baca doa dulu, hrp dia akan amalkan smp ke besar nnt...sb pernah ustaz ckp ms sekolah2 dulu, kalau tak baca doa syaitan akan kencing, makan & luahkan balik (muntahkan semula) mcm yg En Arif tulis tu... rupa2 benar belaka..! Iman dah pun hapai doa sebelum & selepas makan...pernah dia baca depan sheikh (imam Mesir) di Peru ni... dipuji2 dek sheikh tu maklumlah org Peru ni ramai yg mualaf kurang sikit didikan agama mereka ;)) sekadar berkongsi :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Semoga Iman akan menjadi anak yang soleh kelak dan dia pula akan mendengar bacaan dari orang lain pula

radziah AR said...

En. Ariff, boleh saya share entry ini di fb untuk dikongsi bersama anak-anak didik?

Ariff Budiman said...

Radziah AR....Silakan

Thirah said...

Patutla trah selalu je mengantuk bila lepas makan...aiyak.....terutama makan tghri.....pastu duk dalam aircon......memang heaven la.....

Ariff Budiman said...

Thirah.......Tak kan tak baca Bismillah. Hehe.....Gurau saja

rosni said...

Salam tuan,
Saya nak kat fb minta iziz

akak Roosni said...

Salam,minta izin share dfb

akak Roosni said...

Minta izin share

Ariff Budiman said...

rosni @ akak rosni....Saya izinkan untuk share demi untuk kebaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...