Teman-teman

Friday, May 31, 2013

Makanan Kegemaranku


Bubur gandum sudah tidak asing bagiku. Ia merupakan makanan kegemaranku selain bubur pulut hitam dan pengat pisang. Ketika dihidangkan oleh isteri aromanya sungguh wangi. Perut pun kosong. Kalau waktu muda aku lebih suka santan yang pekat dan manis rasanya. Kini umur sudah meningkat jadi terpaksa kurangkan lemak dan manisnya. Inipun sudah terbaik


Cucur bawang, burger ( inti sambal ikan bilis ) dan roti canai kacang dal. Cucur bawang aku rasa semua sudah maklum. Roti canai kacang dal mungkin ada setengah tempat tidak ada. Roti canai kosong dimasukkan kacang dal atau kacang parpu. Burger pula ia digoreng kosong. Setelah diangkat lalu dipotong dan dimasukkan timun dan sambal tumis. Ia mirip burger. Ia merupakan makananku kegemaranku tidak kira waktu pagi atau petang.


Selain roti canai kacang dal dan burger, apom lenggang juga merupakan makanan kesukaanku. Dipekan tempat aku tinggal masih ada lagi yang menjual apom lenggang. Memang sedap rasanya


Semua orang sudah maklum. Kuih lopeh dan buah melaka. Kerapnya aku beli kuih lopeh 2 dan buah melaka 2 bungkus. Aku buat macam didalam gambar. Memang best. Semasa aku masih kecil lagi ibuku merupakan orang yang memperkenalkan makanan ini kepada kami adik beradik. Ayahku tidak pernah beli dikedai kopi. Ibuku memang pakar dalam membuat kuih-kuih ini. Kini semuanya kena dibeli. Zaman sudah berubah.

Thursday, May 30, 2013

Projek Buat Pekasam

Baru-baru ini aku dan isteri meghadiri majlis akad nikah anak saudaraku di sebuah masjid. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terasa sebak juga bila ketika anak saudaraku melafazkan akad dimana dia kini telah bergelar seorang suami. Terasa sebak sebab kedua-dua ibubapa mereka telah tiada. Perkahwinan telah diuruskan oleh kakak yang penuh bertanggungjawab terhadap adik-adik disamping emak dan bapa saudara yang turut membantu. Aku doakan semoga mereka bahagia di dunia dan juga akhirat.


Selepas majlis akad nikah, kami dijemput untuk makan tengahari. Melihat saja makanan yang dihidangkan perut sudah tak tahan. Memang best masakan kampung. Dalam kesemua jenis makanan, aku amat suka dengan pekasam. Isteriku tidak gemar pekasam. katanya bau busuk. Memang la pekasam kalau tidak kena gaya buatnya sudah pasti busuk baunya. Bersahaja aku makan.
" Nah try la rasa. Tak bau ". Aku memujuk isteriku. Isteriku mencubit sedikit lalu dirasanya.
" Ok juga. Tak busuk ". Kata isteriku lalu terus bangun dan mengambil pekasam. Tiba-tiba dia pula yang suka. Aku yang paling suka sebab makanan kegemaranku disukai isteriku. Maknanya kalau aku makan dia pun boleh tumpang sama.


" Bang sedap juga pekasam yang kita makan. Senang tak nak buat pekasam ". Aku terus mengambil ipad dan search cara-cara nak buat pekasam. Alhamdulillah banyak maklumat yang dapat.
" Senang bang nak buat pekasam. Mai kita buat ". Kata isteriku bersemangat.
" Esok pasar malam ada jual ikan darat. jom kita beli ". Aku berkata kepada isteriku. Esoknya aku dan isteri ke pasar malam. Alhamdulillah. Aku beli setengah kilo ikan puyu dengan harga RM6. hidup-hidup lagi ikan.


Isteriku awal-awal lagi dan beritahu yang dia geli bila melihat ikan terlompat-lompat. Maknanya aku la yang kena pesiang ikan tersebut. Riuh juga suara aku di dapur. Apa taknya. Ikan licin dan sekejap keluar dari tangan dan jatuh kelantai. Habis lantai berbau. Nak habiskan sebanyak 7 ekor ikan makan masa selama satu jam. Selepas aku basuh dengan serai dan limau barulah isteriku masukkan garam, beras serta asam keping. Ia harus diperap selama 5 hari. Hari ini baru 3 hari. Tak tahu lagi apa hasil percubaan kami yang pertama. Semoga ianya berjaya.

Sunday, May 26, 2013

Besar-Besarnya

Aku bertugas petang. Jam 6 petang aku keluar dengan membawa kameraku. Sengaja nak mengambil gambar awan yang cantik. Tiba-tiba aku terkejut bila pengawal keselamatan menempik padaku
" Encik Ariff...Jaga ada monyet besar di belakang ". Bila aku toleh belakang aku melihat seekor monyet hitam yang besar menyeringai giginya. Matanya pula merah. Aku terkejut dan hanya membatu sahaja. Datang pula seekor demi seekor terus masuk kedalam tempat yang bahaya. Aku berdoa janganlah ada salah seekor dari mereka memanjat tower. Kalaulah terkena renjatan akibatnya Pulau Pinang akan bergelaplah. Kebetulan 2ekor sedang memanjat tower. Cepat-cepat aku tempik. Nasib baik juga. Aku baca dari buku yang mengatakan monyet ini amat berbisa kalau menggigit. Syukur tak ada apa yangg berlaku


Saturday, May 25, 2013

Cerita - Cerita Pendek

CERITA 1
Aku bersama isteri ke Giant untuk membeli barangan perniagaannya. Ketika sibuk memilih barang terlihat sebuah keluarga. Si anak begitu petah bercakap. Comel sungguh si anak dengan bertudung walaupun diusia kecil lagi. Si ayah pula kelihatan begitu mesra melayani anaknya bercakap
" Ayah...kakak sudah pandai mengeja ". Kata si anak kepada ayahnya
" Ya ka kakak pandai mengeja. Ok sekarang ayah nak dengar kakak mengeja ".Kata si ayah
" Ayah nak kakak eja apa ". Tanya si anak. Si ayah terus mencari dan akhirnya
". Ok ayah nak kakak eja yang itu ". Kata si ayah sambil menunjuk kearah satu ayat. Aku dan isteri melihat ayat tersebut yang tertulis Ayam. Tak sabar nak dengar ejaan anak tersebut
" Ooo yang itu ka.. Ma ya....MAYA ". Si anak eja dan terus menyebut. Aku dan isteri tertawa dengan gelagat si anak. Si ibu dan ayah hanya tersenyum.
" Pandai kakak ". Puji si ayah
" Ok lagi satu. Kakak eja yang itu pula ". Tunjuk si ayah kepada anaknya. AWAS
" Oooo. SA WA....SAWA ". Eja sianak. Nampak gembira sungguh si anak kerana dapat mengeja. Aku dan isteri menanti akan reaksi si ayah.
" Masyaallah kakak pandai mengeja. Cuma satu saja. Kakak eja guna bahasa jawi yang bermula dari sebelah kanan. Kalau bahasa rumi atau bahasa Malaysia kita kena eja dari kiri. Cuba kakak eja dari kanan pula ". Kata si ayah
" Ooo. Ayam....AYAM. A was...AWAS ". Eja si anak
" Alhamdulillah. Pandai anak ayah mengeja jawi dan rumi ". Puji si ayah. Si ibu tersenyum bila melihat kami sedang memerhatikan mereka. Aku membuat thumbs up kepada anak kecil bila dia melihat kami. Aku puji sikap si ayah. Tidak terus menyalah anaknya dan tidak terus membetulkan kesilapan anaknya.

CERITA 2
Aku dan isteri ke Tesco pula. Masih mencari barangan yang tidak terdapat di Giant. Alhamdulillah. Barangan yang di cari ada disitu. Ketika keluar kami berjalan bersebelahan seorang wanita. Penuh barang yang di beli didalam troli. Sebentar kemudian datang sebuah kereta. Suaminya membuka bonet kereta dan terus si isteri memasukkan barang ke dalam kereta. Si suami begitu leka mendengar lagu sambil mengetuk stering.
" Bang...Kesian dekat isteri dia masukkan barang dalam kereta sendiri. Suaminya tak tolong langsung ". Aku faham maksud isteriku. Aku sendiri melihat si isteri mengangkat beras dan memasukkan kedalam bonet. Haruskah aku bersangka baik dengan si suami. Tidak bolehkah dia keluar mengambil barang yang ringan jikalau dia tidak sihat. Itu sebagai tanda prihatin terhadap isteri yang terpaksa mengangkat beberapa kampit beras. Ini tidak. Mendengar lagu dengan kuat sambil mengetuk stering akan membuat orang lain yang melihat akan bersangka buruk.

CERITA 3
Aku berada didapur menolong isteriku mengupas kulit udang. Sebanyak 2 kilo udang aku beli. Niat di hati untuk membuat mee goreng bagi menjamu kaum keluarga yang datang bermesyuarat. Itulah kami andaikata ada kaum keluarga yang akan melangsungkan perkahwinan. Kami akan mengadakan mesyuarat untuk memudahkan perjalanan majlis. Ketika asyik mengupas kulit udang kami dikejutkan dengan suara jiran sebelah. Dia bergaduh dengan siapa.
" Hang naik kut mana. Cepat bagi tau. Amboi pandai no dok merayap naik. Cepat bagitau. Hang naik kut mana. Melampau. Pandai dok merayap ". Aku dan isteri tertawa. Kalaulah kucing tu boleh bercakap dia naik ikut tangga, sudah pasti jiranku pengsan. Betapa ramai sekarang manusia yang suka bercakap dengan kucing. Janji terhibur...

Thursday, May 23, 2013

Selamat Hari Lahir Isteriku

20 Mei 2013 merupakan hari ulangtahun isteriku. Awal-awal lagi aku beritahunya yang aku akan buat sambutan dirumah. Isteriku tidak mahu. Katanya malu. Mungkin seumur hidupnya dia tidak pernah mengadakan sambutan hari lahir.
" kita buat kenduri kesyukuran dan jemput kaum keluarga yang terdekat sudah ler ". Kataku kepada isteri namun dia masih tidak mahu. Akhirnya aku mengalah juga bila isteriku berkata dia akan buat kek harijadinya sendiri dan makan anak beranak.


Tepat jam 12 tengahmalam aku menghantar mesej selamat Hari lahir dari tempat kerjaku. Keesokkan harinya bila aku pulang dari kerja aku telah plan nak singgah di kedai yang menjual bunga. Akan aku beli sejambak bunga ros untuk isteriku. Tapi hampa sebab kedai yang menjual bunga tutup. Akhirnya aku berlegar di pekan lain dan akhirnya berjumpa dengan 2 kuntum bunga ros yang cantik. Hanya tinggal ini saja. Jadilah tu. Aku beli dan minta dibungkus elok-elok.Bbila tiba dirumah, isteriku membuka pintu.
" Selamat hari jadi Nah ". Sambil menghulurkan 2 kuntum bunga ros. Tertawa gelihati isteriku sebab semenjak kami berkahwin inilah pertama kalinya aku menghadiahkan bunga kepada isteriku.
" Terima kasih bang ". Terus di ciumnya bunga ros
" Minta maaf. Hadiah lain abang tak beri ". Kataku kepada isteri
" Tak apa bang. Nah tak kisah. Bunga pun dah ok ". Kata isteriku.


Tapi dalam diam aku sudah berpakat dengan sahabat fb aku yang tinggal di Sabah. Aku bertanya apa souvenir cantik yang boleh di dapati di sana. Beliau mencadangkan agar di beri keronsang dan jam tangan dari mutiara sabah. Aku bersetuju dan meminta pertolongan darinya untuk membeli barang tersebut dan hantar kepadaku. Alhamdulillah pada 20 Jun 2013 ketika maghrib aku menerima panggilan dari courier yang menghantar barang. Aku mengambil barang ditepi jalan sahaja. Senang tak payah mereka tercari-cari dimana alamat rumah aku


Sampai dirumah aku meminta isteriku membuka parcel yang dikirim. Terkejut isteriku melihat ada kotak kecil beserta barangan lain yang di order.
" Nah buka ler kotak misteri tu ". Aku bergurau dengan isteriku. Dia membuka dengan berhati-hati. Jantung aku pula yang berdegup kencang. Dan bila dibuka maka riak muka isteriku berubah.
" Jam dan keronsang abang hadiah untuk Nah. Walaupun murah inilah tanda kasih abang pada Nah. Kalau abang tak ada barangan ni akan jadi kenangan buat Nah ". Kata-kataku membuatkan airmata jernih mengalir di pipinya.
" Terima kasih abang. Cantik jam tangan mutiara. Sayang pula nak pakai ". Di ikatnya kembali kotak seperti sediakala. Aku merupakan orang yang paling gembira bila melihat isteriku gembira. Terima kasih kepada sahabat baikku Afra Cumil Craft kerana bersusah payah merealisasikan impianku


22 Jun 2013. Kaum keluarga akan berkumpul dirumahku. Kami akan mengadakan mesyuarat khas memandangkan anak saudaraku bakal melangsungkan perkahwinannya. Aku meminta anak saudaraku menempah sebiji kek. Aku nak buat surprise semasa kaum keluarga berhimpun. Isteriku pulang buat mee goreng untuk menjamu kaum keluarga. Selesai kami bermesyuarat dan sebelum kami menjamu selera aku meminta agar kek dikeluarkan.


Terkejut isteriku dan tersipu-sipu malu bila diminta memotong kek. Aku menemaninya memotong kek sambil didoa oleh kaum keluarga agar diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga. Isteriku bertanya padaku siapa punya idea memesan kek. Aku katakan yang ini semua adalah idea anak saudara. Tersenyum isteriku. Alhamdulillah. Aku merasa lega sebab telah menggembirakan hatinya. Walaupun sederhana tapi kemeriahan itu tetap ada. Terima kasih tak terhingga kepada anak saudarku yang sudi menolong merealisasikan sekali lagi impianku. Semoga Allah dapat membalas budi Afra Cumil Craft dan anak saudaraku.

Wednesday, May 22, 2013

Bergurau Senda

Seperti selalu sebelum aku ke pasar membeli barang aku pasti menulis dahulu. Bukan apa takut aku terbeli benda yang lain. Maklum la aku kan mudah lupa. Senang begini dan aku tak pernah merasa malu membacanya di khalayak ramai ketika berada di pasar.


Selesai menulis aku beritahu isteri yang aku akan ke pasar. Cepat-cepat isteriku menahan meminta aku meletakkan botol kosong di luar. Sengaja isteriku kumpul botol untuk diberikan kepada seorang lelaki india. Setiap hari lelaki india ini akan mencari botol kosong, tin buruk untuk di jual bagi menyara keluarganya. Kadang-kadang isterinya datang bertanya kami samada ada botol kosong yang hendak di buang. Apalagi aku pun meminta isteriku mengambil gambar.
" Ni nak letak dalam fb ler ". Kata isteriku. Benar sekali katanya. Aku letak dalam fb dan berkata ianya untuk dijual. Sengaja aku bergurau dengan rakan-rakanku. Isteriku tertawa bila membaca aku menulis aku hendak jual botol untuk membeli barangan.


Bila aku pulang cepat-cepat aku memanggil isteriku. Sekali lagi aku meminta isteriku mengambil gambar.
" Alhamdulillah Nah. berebut orang ramai beli botol kosong kita. inilah rezeki kita untuk makan tengahari ni ". Aku bergurau dengan isteriku.
" Sedih pula bila abang kata macam tu. Kalau la rezeki macam tu dan tugas abang pula begitu....'. Terus sebak isteriku. laa...lembut sungguh hati isteriku. sampai kesitu dia berfikir. bila aku kenangkan kembali gurauanku betapa bersyukurnya aku dengan pekerjaanku sekarang.

Aku harus menghargainya. Aku harus beramanah dan aku harus bangga dengan majikanku. Rezeki itu dari Allah dan majikanku sebagai perantara sahaja. Apapun aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada majikanku. Sekurang-kurang aku dapat membeli benda yang aku hajati. Yang penting isteri dan anak-anakku terjamin kehidupan mereka.


Alhamdulillah. Lepas solat zohor isteriku pun buat mee rebus. ketika di hidangkan tergamam aku melihat mee tersebut. Nampak menggoda. Apalagi dengan lafaz bismillah aku makan dengan penuh semangat. Lama tak makan mee rebus. Walaupun kadang-kadang aku makan mee juga di kedai tapi mee masakan isteri lebih enak rasanya.
" Terima kasih Nah kerana telah melaksanakan impian abang ". Tertawa isteriku dengan gurauanku.

Wednesday, May 15, 2013

Kasihan Aishah

Sudah 3 hari ibu mertuaku berada di dalam hospital. Aku menerima panggilan talipon dari adik iparku mengatakan ibu mertuaku kepenatan. Akhirnya terpaksa di bawa ke hospital dan doktor mengesahkan yang paru-paru ibu mertuaku dimasuki air. Aku hanya mampu mendengar sebab di arah untuk tunggu sedia selama 16 jam. bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahmalam.
" Bila abang boleh ziarah mak ". Kata isteriku. Aku hanya diam sambil memikirkan bila aku dapat ziarah ibu mertuaku. Aku masih ingat akan pesan arwah Siti Aishah.
" Bang kalau Siti tak ada abang tolong jenguk-jenguk mak sama. Emak bukannya sihat sangat ". Masih terngiang-ngiang permintaan isteriku.

Setelah 3 hari berada di hospital aku mendapat mesej dari adik iparku mengatakan yang ibu mertuaku telah discharge dari hospital. Bertambah perasaan bersalahku.
" Emak dak keluar wad. Abang masih tak dapat ziarah emak lagi ". Aku berkata kepada isteriku
" Nanti time abang kerja malam bila balik kerja abang singgah kejap rumah emak. Tentu mak ternanti-nanti mana menantu kesayangannya ". Gurau isteriku. Aku hanya tersenyum.

Ketika aku pulang dari bertugas malam, aku singgah di rumah ibu mertuaku. Pintu rumah masih ditutup. Selalunya kalau waktu begini ibu mertuaku sudah berada di luar di bawah pondok rehat seorang diri. Tentu ibu mertuaku masih belum sihat lagi. Aku menolak pintu dan bila aku jenguk kelihatan ibu mertuaku sedang tidur. Aku terdengar seperti seseorang sedang menggoreng di dapur. Aku masuk kedalam menuju dapur. Entah macam mana ibu mertuaku terjaga. Terus aku pergi kearah ibu mertuaku.
" Mak apa kabar ". Aku bertanya
" Mak letih. Tak lalu makan. Jalan pun tak bermaya ". Perlahan saja percakapan ibu mertuaku. Dari riak mukanya aku dapat merasakan ibu mertuaku masih belum sihat.
" Saya minta maaf sebab tak dapat ziarah emak di hospital ". Kataku kepada ibu mertua sambil mengurut tangannya. Datang adik iparku bila mendengar aku datang. Ibu mertuaku pula bangun dari katilnya terus berjalan dan duduk diatas kerusi bersebelahan dengan aku.

" Emak letih sangat. Nak jalan pun tak boleh. Ni tengah dok buat roti untuk emak. Alhamdulillah ni baru nampak emak boleh bangun dan berjalan ". Kata adik iparku. Aku terus mengurut tangan ibu mertuaku.
" Budiman nampak kurus ". Kata ibu mertuaku. Aku hanya tersenyum.
" Makan pun sikit saja mak. Sebab tu nampak kurus sikit. Rosnah masak sedap tapi bila saya nak makan dok teringatkan anak-anak makan apa. Ayah makan sedap tapi anak-anak entah makan ke tidak. Last sekali saya hanya makan sepinggan nasi saja. Bila sudah biasa macam ni tak boleh nak ubah lagi. Sedap ke atau tidak hanya sepinggan yang saya makan ". Aku berkata kepada ibu mertuaku. Nampak air mata jernih di kelopak ibu mertuaku.

" Zinnirah insyaallah bulan satu tahun depan dia akan kahwin mak. Dah confirm ". Aku berkata kepada ibu mertuaku.
" Kesian Aishah kan mak. Tak dapat merasai hari bahagia anak dia ". Kata-kataku membuatkan adik iparku menangis. Ibu mertua pula menyeka airmatanya.
" Tak sangkakan Aishah begitu cepat pergi. Kadang-kadang saya harap agar semua ni hanya mimpi belaka ". Entah kenapa aku meluahkan perasaanku. Selama ini aku hanya pendamkan perasaanku didalam hati saja. Aku tidak mahu membebani orang lain dengan masalah aku. Aku tewas juga akhirnya di depan ibu mertuaku. Aku menangis sambil bercerita.
" Sebab tu saya mahu agar jenazah Aishah di kebumikan di kariah saya. Mudah untuk saya ziarah kuburnya ". Aku menunjuk gambar kubur isteriku yang aku rakam selepas membersih. Esak tangis adik iparku semakin kuat.

" Tak apalah emak. Insyaallah nanti kami sekeluarga akan bertemu Aishah di akhirat. Di sana nanti tidak akan berpisah lagi ". Aku menyeka airmataku sambil bersalaman dengan ibu mertuaku sebelum pulang kerumah. Aku masih ingat ketika aku dan isteri mendengar kuliah dari Ust Abu Hassan Din Al Hafiz. Kata ust seorang isteri yang kematian suaminya dan kemudian bila dia berkahwin di akhirat kelak dia akan bersama suaminya yang terakhir. Bila pulang isteriku bertanya
" Abang nanti nak pilih siapa ". Soalan yang betul-betul menguji mindaku. Terdiam aku. Maksudnya yang aku faham ialah dia atau Aishah.
" Sudah tentu abang pilih kedua-duanya ". Senang jawapan aku.
" Kalau la di minta pilih hanya seorang sahaja. Macam mana ". Fuh ujian lagi.
" Abang tetap akan bermohon agar dapat memiliki Rosnah dan Aishah sebab kedua-dua isteri abang ni amat abang sayangi dan tak dapat berpisah ". Barulah tersenyum isteriku. Silap jawab maka naya aku.

Bila aku pulang kerumah isteriku sedia menanti. Terus aku cerita akan keadaan ibu mertuaku kepada isteriku. Menangis isteriku mendengar cerita.
" Mungkin emak rindu dekat abang sebab lama tak ziarah ". Aku membenarkan kata-kata isteriku.
" Lepas ni abang kerap-kerap la ziarah emak kalau ada masa terluang ". Pesan isteriku. Syukur isteriku tidak pernah mengongkong kehidupanku.

Tuesday, May 14, 2013

Mahu Makan Apa Pak

Aku dan isteri ke sebuah restoran. Aku kata kepadanya tak payah masak dan hari ini kita makan di luar. Selepas zohor kami keluar. Kami memesan nasi goreng paprik saja. Sambil menanti makanan sampai kami melayari internet. Kemana saja aku pergi pastinya ipad tak pernah aku lupa.
" Abang ni tak boleh pisah dengan internet ". Perli isteriku. Aku hanya tersengih sahaja. Sekejap saja nasi yang di pesan sampai bersama air sirap laici. Fuhh panas terik ni air sirap laici dulu yang kehabisan. terpaksa order lagi segelas.

Ketika enak menikmati makanan, masuk satu keluarga. Ceria sungguh mereka sambil bergelak ketawa. Mereka duduk bersebelahan dengan kami.
" Bapak mahu order makanan apa pak ". Tanya pelayan Indon
" Nasi apa yang ada di sini ". Tanya seorang lelaki
" Macam-macam ada pak. Nasi goreng ikan masin, Pattaya, kampung. Ini pak menunya ". Sambil menghulurkan buku menu. Lelaki itu terus melihat buku menu.
" Nasi goreng cina ada ". Tanya lelaki tersebut
" Itu ada pak. Bapak mahu nasi goreng cina ya ". Tanya kembali pelayan
" Iya. Saya nak nasi goreng cina tapi enggak mahu babbi ". Kata lelaki tersebut spontan. Terdengar ketawa perlahan dari kaum keluarganya.

" Kakak..buat nasi goreng cina satu Babbi enggak mahu ". Tempik pelayan tersebut kepada tukang masak. Apalagi customer lain yang mendengar ketawa. Aku dan isteri turut tertawa. lucu juga. Mana mungkin restoran islam menjual babi.
" Hoi. Hang ingat ada jual babi di sini ka ". Tempik pula tukang masak kepada pelayan tadi.
" Bapak...sebetulnya memang enggak ada jual babbi di sini ". Tertawa lelaki tadi mendengar kata-kata pelayan indon.
" Laa...saya bergurau saja tadi. Yang awak bagitau kenapa ". Kata lelaki tersebut.
" Lorr..saya ingat bapa betul betul enggak mahu babbi. Waduh nanti saya pasti di marahin tauke. Wadduh pak. Gimana ni ". Kata pelayan indon. Mungkin dia baru bekerja di restoran ini. Orang Pulau Pinang guraunya agak kasar dan keras sedikit. Jadi antonasinya perlu di fahami terlebih dahulu. Susah jugak kan.

Aku masih ingat ketika keluar makan bersama rakan-rakan. Datang pelayan wanita bertanya hendak minum apa. Selamba saja aku minta air ais panas.
" Air ais panas satu ". Kata pelayan tersebut kepada tukang bancuh air. Pening kepala tukang buat air lalu bertanya sekali apa itu air ais panas. Aku tertawa dan akhirnya aku order air nescafe ais sahaja.Akhirnya baru pelayan tersebut perasan.
" La saya pun tak perasan air ais panas. hang ni buat leceh la ". Kata pelayan tersebut sambil tertawa dan berlalu pergi ke arah tukang bancuh air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...