Bubur gandum sudah tidak asing bagiku. Ia merupakan makanan kegemaranku selain bubur pulut hitam dan pengat pisang. Ketika dihidangkan oleh isteri aromanya sungguh wangi. Perut pun kosong. Kalau waktu muda aku lebih suka santan yang pekat dan manis rasanya. Kini umur sudah meningkat jadi terpaksa kurangkan lemak dan manisnya. Inipun sudah terbaik
Cucur bawang, burger ( inti sambal ikan bilis ) dan roti canai kacang dal. Cucur bawang aku rasa semua sudah maklum. Roti canai kacang dal mungkin ada setengah tempat tidak ada. Roti canai kosong dimasukkan kacang dal atau kacang parpu. Burger pula ia digoreng kosong. Setelah diangkat lalu dipotong dan dimasukkan timun dan sambal tumis. Ia mirip burger. Ia merupakan makananku kegemaranku tidak kira waktu pagi atau petang.
Selain roti canai kacang dal dan burger, apom lenggang juga merupakan makanan kesukaanku. Dipekan tempat aku tinggal masih ada lagi yang menjual apom lenggang. Memang sedap rasanya
Semua orang sudah maklum. Kuih lopeh dan buah melaka. Kerapnya aku beli kuih lopeh 2 dan buah melaka 2 bungkus. Aku buat macam didalam gambar. Memang best. Semasa aku masih kecil lagi ibuku merupakan orang yang memperkenalkan makanan ini kepada kami adik beradik. Ayahku tidak pernah beli dikedai kopi. Ibuku memang pakar dalam membuat kuih-kuih ini. Kini semuanya kena dibeli. Zaman sudah berubah.
9 comments:
TENGAH LAPAR NIE ...
HU HU HU LAGI LAPAR JADIK NYA
KENAPA IM TUTUP BLOG ???
pB....Ye ke lapar. Saya pun tak tahu apa masalah IM sehingga blog di remove
Cak...!?? Ni dia...
He..he.. I am still arround. Blog dah jadi darah daging. Mana bisa di buang dari rutin hidup.
WN... IM dah mula kurangkan habit makan telor goreng dan mula amalkan minum teh o dan tukar teh tarik ali cafe kepada radix O.
Jaga kesihatan...
tertanya...pekasam mcmana?pasti sedapkan...hasil buatan sendiri...
Insan Marhein......Semoga kita di beri kesihatan yg baik utk terus membuat kebajikan
Radziah AR.....Pekasam ialah ikan yg di perap dgn beras, asam keping serta garam. Rasanya masam dan masin. Memang sedap di makan panas2
Ke mana Insan Marhaen menghilang..
Dah tak nak tulis blog ker..sayang berbakat dalam penulisan..kalau ada blog laen bagitau ler...bila kelebek blog dia...
Blog has been removed
Sorry, the blog at abuhanifah2.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
Kembara diri....Blogger Insan Marhein mungkin sedang membuat blog yang baru. Insyaallah kalau dia dah siap akan saya beritahu
maksud saya pekasam yg en. ariff buat hari tu....tertunggu jugak kot-kot ada entry...
Post a Comment